Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Malaysia sedia bantu mangsa tsunami Selat Sunda - TPM

Recommended Posts

41530723532_TPM.jpg
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan agar rakyat Indonesia diberikan kekuatan selepas wilayah Banten dilanda tsunami pada Sabtu malam.

Wan Azizah menerusi perkongsiannya di Twitter turut menyatakan yang Malaysia sedia untuk membantu mereka yang terkesan akibat bencana ini.

Terdahulu hari ini, dilaporkan kejadian bencana tsunami di Selat Sunda yang melanda Anyer, di pantai barat wilayah Banten, jam 9.27 malam tadi waktu tempatan. 


Selain itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali turut berdukacita dengan musibah itu. Azmin turut mendoakan kesejahteraan dan keselamatan warga Banten dan Lampung.

Portal berita detik.com melaporkan setakat jam 7 pagi waktu tempatan, angka korban meningkat kepada 43 sementara 584 lagi cedera dan dua hilang.

Ketua Biro Penerangan bahagian Hubungan Masyarakat Polis Indonesia (POLRI) Dedi Prasetyo berkata, pasukan penyelamat sedang berusaha mendapatkan akses ke kawasan yang teruk terjejas akibat tsunami.

Katanya, jalan-jalan dipenuhi dengan sampah sarap dan kayu.

Gelombang air dilaporkan mula naik ke pantai pada jam 9.27 malam waktu tempatan atau 10.27 malam waktu Malaysia, 22 Disember.

Ia disahkan sebagai tsunami yang berpunca daripada gelongsoran plat akibat letusan Gunung Anak Krakatau selain disebabkan fenomena air pasang ketika bulan penuh.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×