Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Kementerian Pelancongan giat promosi eko pelancongan

Recommended Posts

41545515597_MuhammadBakhtiarWa.jpg
BALIK PULAU: Kementerian Pelancongan giat mempromosi Malaysia sebagai destinasi eko pelancongan khususnya dalam menarik pelancong yang cintakan alam sekitar dari seluruh dunia.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata kekuatan pelancongan Malaysia bukan sahaja terletak pada produk eko pelancongan malah destinasi yang ditawarkan juga agak murah, selamat dan mudah untuk dikunjungi.

"Usaha untuk mempergiat kedatangan pelancong bagi segmen eko pelancongan ini bukan sahaja kita tumpukan kepada negara-negara besar tetapi juga negara-negara lain termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand walaupun bukan dalam skala yang besar.

"Malaysia mempunyai banyak tempat-tempat menarik bagi segmen eko pelancongan dan saya percaya ia semakin diminati bukan sahaja pelancong dalam negara malah juga dari luar negara yang mahu melihat keindahan alam sekitar serta tenang dari kesibukan kota," katanya selepas mengadakan lawatan di Boulder Valley Glamping di Teluk Bahang, di sini pada Sabtu.

Muhammad Bakhtiar yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata Boulder Valley Glamping berkeluasan 24 ekar itu antara tarikan terbaru eko pelancongan di Malaysia dan pertama di Pulau Pinang berunsurkan glamping yang kini semakin popular.

Katanya, beliau percaya Boulder Valley Glamping yang mempunyai 24 calet dan tempat khas perkhemahan itu akan menjadi lokasi tumpuan pelancong dari luar negara kerana tempat itu menawarkan lokasi percutian hebat yang penuh kehijaun serta aman damai.

"Mula dibuka sejak 24 Nov lepas, tempat itu telah mendapat sambutan yang baik dari orang ramai terutama pelancong dari segmen eco pelancongan, saya yakin ia akan terus menjadi antara lokasi eko pelancongan yang terbaik," katanya sambil menambah tempat itu dibina lima tahun lepas dengan kos RM24 juta.

Sementara itu, beliau berharap cadangan pembinaan hotel di kawasan Bukit Bendera dapat dibuat seperti Boulder Valley Glamping yang mengekalkan keindahan serta kehijauan kawasan sekitar malah lebih mesra alam sekitar.

"Kawasan Bukit Bendera sangat sensitif dan pemaju perlu ambil kira semua itu sebelum membina hotel di situ. Saya yakin jika mereka bina berunsurkan glamping ia pasti lebih menarik disamping masih mengekalkan alam sekitar," katanya

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×