Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Teguran supaya kita jadi lebih baik - Mahfuz

Recommended Posts

41521101603_MahfuzOmar.jpg
ALOR SETAR: Desakan dan teguran yang dikeluarkan beberapa pimpinan Pakatan Harapan (PH) diterima dengan tenang demi pengukuhan supaya kerajaan tidak leka dalam memerintah negara ke arah yang lebih baik berbanding kerajaan sebelum ini.

Itu nada yang disuarakan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Mahfuz Omar yang menjelaskan teguran yang dilakukan itu bukan untuk menjejaskan kesepakatan dalam PH.

"Sebaliknya ia untuk menambah baik kualiti pemerintahan, di samping mengingatkan pemimpin atasan agar tidak menyimpang daripada paksi agenda asal penubuhan PH.

"Saya tak fikir bahawa kita lari dari landasan itu, tetapi apa pun, saya fikir kenyataan yang dibuat semua pihak termasuk Datuk Johari Abdul, sangat baik sebagai satu peringatan kepada diri kita masing-masing dalam kepimpinan PH ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

BACA: Anwar seru pemimpin PH hentikan segera perbalahan

BACA: Henti menyerang sesama sendiri - Kit Siang

BACA: 'Perbalahan terbuka' ahli politik fenomena positif - Yusmadi

Johari, Ahli Parlimen Sungai Petani yang juga Ketua Backbencher Ahli Parlimen PH, mendesak kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya segera menunaikan manifesto yang dijanjikan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) serta fokus terhadap tanggungjawab membantu rakyat.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×