Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

'Perbalahan terbuka' ahli politik fenomena positif - Yusmadi

Recommended Posts

41514708891_YUSMADIYUSOFF.jpg
KUALA LUMPUR: Fenomena perbezaan pendapat antara ahli politik menunjukkan satu perkara positif pasca pilihan raya dan ia juga menggambarkan ekosistem politik Malaysia yang sudah meningkat ke tahap lebih tinggi.

Itu pendapat Senator Dewan Negara Yusmadi Yusoff yang beranggapan apa yang berlaku sekarang adalah satu perkara ‘normal’ buat negara yang baru mengalami pertukaran kerajaan.

Yusmadi juga menyifatkan kejayaan Pakatan Harapan pada pilihan raya lalu telah membuka banyak ruang dan peluang bukan sahaja kepada pemimpin tetapi rakyat untuk menyuarakan pendapat secara terbuka.

“Perbezaan pendapat secara terbuka oleh ahli-ahli politik di Malaysia sekarang menggambarkan demokrasi itu, menggambarkan harapan rakyat sudah berganjak.

“Bagi saya kepelbagaian pendapat itu tidak salah, apa yang penting pemimpin politik harus tahu bagaimana menguruskannya,” katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.

Beliau juga memberi contoh apa yang berlaku di negara Tunisia pasca pilihan raya yang mana Presiden Ennahda, Rached Ghannouchi harus berhadapan dengan harapan-harapan anak muda di sana yang tidak jauh beza dengan apa yang berlaku di Malaysia.

“Perbezaan pandangan adalah perkara baik, apa yang penting adalah muafakat menguruskan kepelbagaian pendapat ini untuk kepentingan lebih besar, bukan kepentingan sendiri atau motif peribadi.

“Sebagai contoh, Nurul Izzah menyatakan keresahannya kerana ada isu rakyat tidak diuruskan dengan baik, adakah perkara itu salah? Tidak salah. Atau Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur tentang isu PTPTN adakah salah? Tidak salah,” jelasnya.

Ini juga katanya adalah ‘partisipasi demokrasi’ yang mana ia perlu dipastikan mampu ditermahkan kepada manfaat rakyat.

BACA: Anwar seru pemimpin PH hentikan segera perbalahan

BACA: Henti menyerang sesama sendiri - Kit Siang

Yusmadi berkata demikian susulan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang ketika ini dilihat banyak melakukan ‘perbalahan terbuka’ di media.

“Kita kena ingat, ini pertama kali Malaysia diperintah oleh pelbagai parti berbanding 60 tahun sebelum ini diperintah oleh satu parti.

"Jadi, perkara ini pasti berlaku tetapi pemimpin politik harus bijak menguruskannya demi kesejahteraan dan kepentingan rakyat,” tegasnya.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...