Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

308 Perajurit Muda Udara tamat latihan

Recommended Posts

IPOH: Seramai 308 Perajurit Muda Udara (PjM U) berjaya menamatkan Latihan Perajurit Muda Udara Siri 59/2018 di Akademi Tentera Udara pada Sabtu.

Majlis istiadat perbarisan tamat latihan telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

PjM U Muhammad Akmal Azwan Noor Esam telah dinobatkan sebagai PjM U Terbaik Keseluruhan dan menerima Piala Pusingan Panglima Tentera Udara.

Anugerah PjM U Akademik Terbaik pula disandang oleh PjM U Muhamad Iqbal Ismail dan menerima Piala Pusingan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara manakala PjM U Sidi Omar Mottar Shah dinobatkan sebagai PjM U Penembak Terbaik dan menerima Piala Pusingan Asisten Ketua Staf Tadbir.

Latihan payung terjun oleh perajurit muda udara. - Foto TUDM

Kesemua 308 PjM U ini telah menjalani latihan hampir enam bulan sejak 7 Julai 2018.

Dalam latihan tersebut, PjM U telah didedahkan dengan modul latihan seperti latihan jasmani, kawad, pengendalian senjata, latihan medan, etika tentera, pengetahuan awam serta modal insan.

Melalui modul-modul latihan tersebut, para pelatih dilatih sebagai seorang perajurit muda yang akan menggalas tugas dalam mempertahankan kedaulatan Negara.

Turut hadir di istiadat perbarisan ini adalah  Panglima Pendidikan Dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Panglima Bantuan Udara Mejar Jeneral Datuk Mohammad Salleh Osman TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...