Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Bantuan persekolahan RM100 diagih bermula Januari 2019

Recommended Posts

71545408401_950x600.jpg
KUALA LUMPUR: Bantuan Awal Persekolahan berjumlah RM100 akan diberikan kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah bermula Januari 2019, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

"Kerajaan memahami dan mengambil berat akan keperluan perbelanjaan dihadapi oleh ibu bapa menjelang permulaan sesi persekolahan di awal tahun.

"Tujuan utama pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang perlu ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng berkata, pemberian itu melibatkan peruntukan RM328 juta dan akan disalurkan kepada Kementerian Pendidikan untuk diagihkan ke sekolah-sekolah bermula Januari ini.

Kerajaan, menurut Guan Eng, komited untuk menyediakan peluang pendidikan yang berkualiti untuk semua pelajar tanpa mengira latar belakang, termasuk dari segi barang keperluan dan kelengkapan persekolahan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×