Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Henti menyerang sesama sendiri - Kit Siang

Recommended Posts

81485595302_LimKitSiang.jpg
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang menyeru semua pemimpin Pakatan Harapan supaya tidak membuat sebarang kritikan mahupun serangan terhadap pemimpin lain dalam gabungan itu tanpa berbincang terlebih dahulu dengan parti masing-masing.

Katanya, amalan tersebut boleh membawa kepada persepsi negatif dan akibat yang buruk kepada Pakatan Harapan.

Justeru, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mencadangkan supaya perbuatan itu dihentikan dan diwujudkan satu prosedur operasi standard (SOP) bagi menyuarakan kritikan ataupun ketidakpuashatian sesama mereka.

"Walaupun tiada siapa yang mahu sekatan ke atas kebebasan bersuara, yang merupakan salah satu prasyarat untuk Malaysia menjadi sebuah masyarakat demokratik, adalah juga penting untuk memastikan perpaduan serta matlamat Pakatan Harapan tidak dicemari atau dimusnahkan oleh ucapan dan ungkapan yang tidak terkawal," katanya dalam satu kenyataan menerusi blognya, hari ini.

Tambahnya, sekiranya SOP yang dicadangkan itu tidak berkesan, Majlis Presiden Pakatan Harapan perlu mencari mekanisme yang lebih baik supaya matlamat gabungan untuk membina sebuah Malaysia Baharu tidak terjejas.

Terdahulu, Ketua Dasar dan Strategi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff memberi amaran bahawa perjanjian dalam PH boleh terjejas jika pertikaman lidah antara pemimpin dalam pakatan masih berterusan.

BACA: Saya bersedia untuk diambil tindakan. Saya tidak akan minta maaf - Syed Saddiq

BACA: Pesanan Rafizi Ramli kepada PH

BACA: 'Rafizi memang tahu meramal masa depan' - Tun Mahathir

Menerusi kenyataan di Twitternya, beliau berkata sudah tiba masanya untuk pemimpin PH mengenepikan ego masing-masing dan memberi tumpuan kepada keperluan rakyat.

"Sudah tiba masanya untuk semua ahli politik PH memasuki 'zon bebas ego' dan memberi tumpuan kepada apa yang diperlukan oleh rakyat berbanding diri sendiri atau kumpulan tertentu," katanya.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×