Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Lebuhraya DASH, SUKE dapat kurangkan 30 peratus kesesakan lalu lintas

Recommended Posts

41545462878_TBLEBUHRAYA.jpg
SHAH ALAM: Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damasara-Shah Alam (DASH) yang sedang dalam proses pembinaan dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas sebanyak 30 peratus.

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), Muhd Ramali Abu Bakar berkata, melalui pembinaan dua lebuh raya tersebut, ia dapat meningkatkan aksesibiliti dan mobiliti pengguna.

"Contohnya, sekarang, sekiranya individu yang menetap di Puncak Alam hendak ke Kuala Lumpur, ia akan mengambil masa perjalanan lebih kurang satu jam setengah sehingga dua jam ketika waktu puncak.

"Tetapi dengan lebuh raya DASH, perjalanan hanya akan mengambil masa 30 minit," katanya di program 'Prolintas Back to School' di Sekolah Menengah Kebangsaan Subang di sini, pada Sabtu.

Tambahnya, pembinaan dua lebuh raya tersebut dijangka siap pada tahun 2020.

Muhd Ramali berkata, pihak perunding dan kontraktor juga sedang mencari jalan bagi mengelakkan berlakunya masalah banjir kilat.

Sebelum ini, ia dilaporkan kos pembinaan bagi lebuh raya SUKE adalah sebanyak RM4.6 bilion manakala lebuh raya DASH menelan kos sebanyak RM4.1 bilion. Dengan kedua-dua lebuh raya ini, kesesakan lalu lintas di kawasan Damansara, Jalan Sungai Buloh dan ibu kota dapat dikurangkan.

Lebuh raya SUKE bermula dari Sungai Besi ke Ulu Klang sepanjang 24.4km dan terdapat 14 persimpangan. Lebuhraya DASH pula ada 13 persimpangan di sepanjang 20.1km, bermula di Puncak Perdana, U10 Shah Alam dan berakhir di Persimpangan Penchala.

Konsep 'elevated highway' digunakan bagi kedua-dua lebuh raya, iaitu 90 peratus laluan tidak berada atas permukaan tanah tetapi dibina bertingkat di atas laluan jalan sedia ada, dengan tiga lorong setiap arah.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×