Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

600 murid terima kelengkapan sekolah, baucar buku dari Prolintas

Recommended Posts

51545457254_SEKOLAH.jpg
KUALA LUMPUR: Dalam keterujaan membuat persediaan keperluan sekolah, golongan pelajar dari keluarga berpendapatan sederhana dan rendah tidak sama sekali dilupakan.

Program 'Prolintas Back to School' yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang pada Sabtu anjuran syarikat pemegang konsesi lebuh raya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menyahut matlamat berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Prolintas, Datuk Muhammad Azlan Abdullah berkata, program itu bertujuan membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah serta mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai dalam menyediakan kelengkapan sekolah untuk anak-anak mereka.

"Program tahunan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang bermula pada tahun 2002 ini memberi manfaat kepada 2,000 pelajar dan kami berharap agar sumbangan ini dapat memberi semangat dan keceriaan kepada murid-murid untuk memulakan sesi persekolahan yang baru," tambah beliau.

Sementara itu, menurut Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Prolintas, Muhd Ramali Abu Bakar, program itu bertujuan membantu keluarga dalam kategori B40.

"Kami menyediakan kelengkapan sekolah seperti set pakaian seragam sekolah serta baucar buku bernilai RM200.

"Program ini sebenarnya menyasarkan 600 orang pelajar iaitu di sekitar jajaran lebuh raya kendalian Prolintas iaitu Ampang, Keramat, Kajang, Cheras, Shah Alam, Sungai Buloh, Bukit Subang dan Kota Damansara.

Bagi seorang ibu, Adilah Ahmad, 48, program itu sememangnya meringankan bebannya menyediakan kelengkapan anaknya yang akan memasuki sesi persekolahan tahun hadapan.

"Kalau saya nak beli kelengkapan sekolah untuk seorang anak, boleh mencecah sehingga RM500.

"Kos ini sangat tinggi, dan kami sememangnya tidak mampu untuk menanggung kos ini.," katanya kepada Astro AWANI.

Turut hadir pada program ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Shatiri Mansur yang menyampaikan sumbangan barang-barang keperluan sekolah kepada kumpulan pelajar berkenaan.

"Program ini sangat baik dan saya mengalu-alukan mana-mana syarikat korporat untuk turut mengadakan program seperti ini bagi kebaikan kita bersama," katanya.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...