Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Gaji Ozil tidak penting buat Emery

Recommended Posts

61511998165_MesutOzil.jpg
PENGURUS Arsenal, Unai Emery, menegaskan nilai gaji yang tinggi tidak mempengaruhi penilaiannya terhadap pemain dan enggan memberikan jaminan terhadap masa depan perancang pasukan, Mesut Ozil, menjelang jendela perpindahan pemain, bulan depan.

Ozil menandatangani kontrak selama tiga setengah tahun pada Februari lalu yang tertakluk sehingga Jun 2021 dengan jumlah pendapatan yang dilaporkan bernilai £350,000 (RM1.6 juta) seminggu.

Prestasi di atas padang pula tidak begitu memberangsangkan buat pemain berusia 30 tahun itu sepanjang tahun ini.

Dia mengumumkan persaaran di peringkat antarabangsa sejurus tamat kempen hambar Jerman dalam Piala Dunia, Jun lalu, selain turut bergelut mencapai tahap kecergasan terbaik di bawah kendalian Emery.

Ozil dipinggirkan ketika Arsenal tewas 0-2 kepada Tottenham Hotspur dalam saingan Piala EFL, Rabu lalu.

Walaupun Emery memberi jaminan dia akan kembali disenaraikan dalam pertemuan liga menentang Burnley, malam ini, Ozil tidak pernah tersenarai dalam kesebelasan utama The Gunners sejak 11 November lalu.

"Ada perlawanan yang kami perlu mengubah beberapa perkara daripada aspek taktikal dan individu.

"Ia tidak melibatkan Ozil sahaja.

"Gaji pemain tidak penting buat saya.

"Saya tidak pernah tahu tentang gaji setiap pemain kerana bagi saya mereka semua sama sahaja.

"Apa yang penting adalah komitmen daripada setiap pemain.

"Apabila saya membuat keputusan untuk merehatkannya, ia sama sahaja seperti saya merehatkan pemain lain.

"Jika anda melihat daripada aspek gaji, saya tidak memandang perkara itu.

"Apa yang penting adalah mereka perlu memaparkan disiplin yang baik, memberikan komitmen dan menunjukan kualiti yang dimiliki.

"Jika mereka memiliki kualiti tersebut, mereka pasti akan diturunkan.

"Mesut akan diturunkan malam ini. Saya percayakannya.

"Saya mempunyai kepercayaan terhadap kesemua pemain kami.

"Kami akan bermain dengan taktikal yang mampu menyerlahkan potensi setiap pemain.

"Itu adalah sasaran saya," katanya. 

Ditanya tentang masa depan Ozil yang turut dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid dan Inter Milan, Emery enggan mengulas mengenai perkara itu.

"Saya tidak mahu memikirkan perkara itu.

"Saya hanya mahu memperkatakan tentang perlawanan yang akan kami hadapi.

"Namun, saya kerap berbincang secara kolektif dan adakalanya saya berjumpa secara individu untuk menerangkan apa yang saya mahukan daripada mereka," tambahnya.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×