Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Sempadan Maritim Malaysia-Singapura: Ibarat rumah tidak berpagar

Recommended Posts

KUALA LUMPUR: Baru-baru ini, Malaysia dan Singapura terjerumus lagi dalam isu sempadan maritim antara kedua-dua negara yang tidak berkesudahan. Malaysia telah memperluaskan had pelabuhan Johor sehingga ke Tuas, dan sebagai tindak balas, Singapura melakukan perkara yang sama.

Sampai bilakah kedua-dua negara yang telah wujud secara aman bersama berdekad-dekad lamanya ini akhirnya akan punya ‘pagar’ maritim yang jelas?

Pengenalan

Sebelum menjadi jajahan Inggeris, Singapura adalah sebahagian daripada Kesultanan Johor yang wujud pada 1528. Pada tahun 1824, Singapura secara sah menjadi jajahan Inggeris dan sejak itu banyak perjanjian yang dibuat oleh kerajaan British di Singapura dengan Sultan Johor berkenaan sempadan maritim kedua-dua wilayah, serta pembinaan rumah api di Pulau Pisang serta kedaulatan ke atas Batu Puteh.

Selat Johor yang memisahkan Johor dengan Pulau Singapura telah dibahagikan antara Kesultanan Johor dan Kerajaan British di Singapura menerusi Perjanjian 1927. Perjanjian ini jelas menyatakan semua pulau di Selat Johor, seperti Pulau Ubin dan Pulau Tekong menjadi milik Singapura.

Johor merdeka dalam Persekutuan Malaya pada tahun 1957 dan seterusnya, kedua-dua wilayah, Johor dan Singapura menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963.

Apabila Singapura dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965, kedua-dua negara merasakan perlu untuk menandatangani sebuah lagi perjanjian berkenaan pembahagian Selat Johor.

Ini dilakukan menerusi Perjanjian 1995 untuk membahagikan secara tepat sempadan maritim diantara kedua-dua negara yang telah dilakukan sebelum ini pada tahun 1927 di Selat Johor.

Akan tetapi, sebelum Perjanjian 1995 dibuat, Malaysia telah mengeluarkan Peta Baru pada tahun 1979 yang mana Malaysia secara unilateral memasukkan Batu Puteh dan kawasan Pelabuhan Tuas di dalam wilayah laut Malaysia. Singapura bertindakbalas dengan membuat bantahan terhadap perkara ini.

Akibat daripada itu, Perjanjian 1995 tidak termasuk kawasan Pelabuhan Tuas yang kini telah menjalani beberapa proses penambakan tanah yang agak luas. Sempadan tetap di antara Malaysia dan Singapura di kawasan barat Selat Johor berakhir di garis merah yang ditunjukkan dalam Peta 1.

Malah, kawasan penambakan tanah Pelabuhan Tuas telah memasuki garis tuntutan Malaysia menerusi Peta 1979, juga ditunjukkan di dalam garis coklat Peta 1.

Peta 1. Singapura telah menambak kawasan yang dituntut unilateral oleh Malaysia (garis berwarna coklat) menerusi Peta 1979  (Sumber: Maritime and Port Authority of Singapore)

Malaysia juga telah memperluaskan had Pelabuhan Johor sehingga menghampiri Pelabuhan Tuas seperti yang ditunjukkan dalam Peta 2 tahun ini:

Peta 2. Perluasan Had Pelabuhan Johor Bahru 2018 seperti di dalam kawasan yang dilorekkan  (Sumber: Maritime and Port Authority of Singapore)

Jadi sekarang, negara mana yang melanggar kedaulatan? Siapa yang benar, siapa yang salah? Memandangkan kedua-dua negara tidak melukis sempadan maritim secara jelas di kawasan Pelabuhan Tuas, kawasan tersebut berhak dituntut oleh kedua-dua Malaysia dan Singapura.

Tetapi yang jelas, tuntutan unilateral Malaysia menerusi Peta 1979 di kawasan Pelabuhan Tuas tidak diiktiraf oleh Singapura, sebagaimana negara republik tersebut menafikan Batu Puteh sebahagian daripada Malaysia menerusi Peta yang sama.

Pagar Maritim

Malaysia perlu sedar bahawa ‘pagar maritim’ perlu ‘didirikan’ oleh kedua-dua negara memandangkan ini jelas bersangkutan langsung dengan kedaulatan negara. Perbalahan yang timbul di Tuas sekarang ini adalah manifestasi bahawa sekiranya tiada sempadan maritim yang jelas dilukis, kawasan tersebut bebas dituntut oleh Malaysia atau Singapura.

Perkara sama perlu diberikan perhatian terhadap Batu Puteh. Pada tahun 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah menyerahkan kedaulatan ke atas Batu Puteh kepada Singapura manakala Batuan Tengah milik Malaysia.

10 tahun telah berlalu, namun tiada sebarang garis perbatasan maritim yang telah ditetapkan di kawasan tersebut. Selagi ini tidak dibuat, Singapura dan Malaysia akan saling tuntut menuntut menyebabkan perbalahan terus berlaku di antara kedua-dua negara berjiran ini.

Peta 3 menunjukkan kawasan maritim yang berpotensi menjadi wilayah laut atau zon ekonomi ekslusif (EEZ) Singapura jika sempadan maritim di kawasan ini tidak segera ditetapkan:

Peta 3. Kawasan Maritim yang Boleh dituntut Singapura menerusi Batu Puteh di Laut China Selatan  (Sumber: Andi Arsana [2017])

Kesimpulan

Kedua-dua Malaysia dan Singapura harus memberi fokus terhadap menyelesaikan masalah ini dengan menetapkan sempadan maritim secara jelas antara kedua-dua negara. Israel dan Palestin sehingga kini bertelagah kerana tiada sempadan tetap dimaterai di antara kedua-dua negara tersebut, menyebabkan Israel menganggap kependudukan mereka di Tebing Barat adalah sah. Pada akhirnya, kedua-dua negara sulit mencapai keamanan sepenuhnya.

Hubungan Malaysia-Singapura tidaklah seperti Israel-Palestin kerana Putrajaya dan Singapura menjalin hubungan diplomatik yang baik.

Namun, satu perkara yang tidak diragukan adalah – sekiranya tiada sempadan maritim yang jelas – konflik akan terus berlaku kerana kedua-dua negara akan saling menuntut kawasan maritim yang lebih luas. Benar kata pepatah Inggeris ‘good fences make good neighbours’.

Sebagai dua negara yang saling rukun, itulah yang pemerintah Malaysia dan Singapura perlu utamakan, seterusnya laksanakan bagi mengekalkan hubungan baik sedia ada antara dua negara berjiran ini.



**Mohd Hazmi Mohd Rusli (Ph. D) ialah seorang pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia dan profesor pelawat di Sekolah Undang-undang, Far Eastern Federal University, Vladivostok, Rusia.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...