Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

'Sekolah kebangsaan telah berubah jadi sekolah agama' -Tun Dr Mahathir

Recommended Posts

61544251868_TunM.jpg
KUALA LUMPUR: Sekolah kebangsaan di negara ini telah berubah menjadi ke arah sekolah agama.

Justeru bagi memperkasakan kembali sistem pendidikan di negara ini, kerajaan akan mengkaji semula kurikulum sekolah yang sedia ada.

Jelas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kurikulum di sekolah perlu memberi penekanan untuk menguasai mata pelajaran yang boleh menghasilkan graduan yang berkualiti dan tidak memberi tumpuan semata-mata kepada mata pelajaran agama. 

“Seseorang telah mengubah kurikulum sekolah dan sekarang sekolah kebangsaan telah berubah menjadi sekolah agama.

"Mereka semua hanya belajar tentang agama Islam dan tidak mempelajari yang lain dan keputusannya lepasan pelajar tidak berapa pandai matapelajaran yang berguna untuk mendapatkan pekerjaan,” katanya pada Majlis Makan Malam pada majlis makan malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA) 2018 di sini pada Jumaat.

Jelasnya pengabaian mata pelajaran penting yang lain mengakibatkan pelajar tidak fasih dalam subjek yang akan memberi mereka pekerjaan.

Dalam masa yang sama beliau juga turut mengingatkan akan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris.

Jelasnya negara-negara yang maju sekalipun termasuk Jepun dan Cina terpaksa mempelajarinya walaupun mereka mengutamakan bahasa mereka sendiri demi memenuhi keperluan semasa di peringkat global.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×