Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Alasan pemansuhan ADAM50 tidak boleh diterima - Khairy

Recommended Posts

51545405108_TBKJ.jpg
KUALA LUMPUR: Pemansuhan program inisiatif Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) atas alasan kononnya ia tidak mendapat sambutan merupakan alasan yang dangkal dan tidak boleh diterima, kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya, bekas ketua Pemuda UMNO itu mengesyorkan supaya kerajaan tidak memansuhkan sepenuhnya pemberian ADAM50 ini, tetapi mengehadkan pemberiannya kepada bayi dari keluarga M40 dan B40.

Katanya, program ADAM50 tidak dipromosi atau dihebahkan seperti yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

"Pakatan Harapan kini telah menguasai media. Jadi ruang yang ada ini sepatutnya digunakan secara meluas untuk membuat promosi.

"Program ADAM50 ini juga adalah aspirasi di bawah TN50 sebagai langkah memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kepentingan membuat simpanan.

"Peruntukan RM100 juta ini adalah terlalu kecil iaitu hanya 0.03% berbanding keseluruhan jumlah anggaran perbelanjaan kerajaan pada tahun 2019," kata Khairy menerusi kenyataan di Facebooknya pada Jumaat.

Malah, kata Khairy jumlahnya juga 50 peratus lebih rendah berbanding kutipan Tabung Harapan yang ketika ini telah hampir mencecah RM200 juta.

"Tempoh lima tahun sehingga 2022 adalah tempoh percubaan," katanya.

BACA: ADAM50 dihentikan akhir tahun - Zeti

Terdahulu, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, keputusan menghentikan skim tersebut dibuat berikutan kurang mendapat sambutan.

Menurut Zeti, sejak dilancarkan 1 Januari lalu, hanya 25 peratus bayi yang dilahirkan sepanjang tahun ini mendaftar dengan program ini.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...