Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Selepas Fazura, Karl Shafek pula ke pentas Fesyen New York!

Recommended Posts

51545379221_karl-neonate-header.jpg
PENGACARA Karl Shafek bakal ke kota New York sempena New York Fashion Week yang akan berlangsung pada Februari 2019.

Kata Syafek, dia terkejut apabila mendapat tawaran menerusi kiriman emel daripada pihak urusetia di London baru-baru ini.

"Saya terkejut pada mulanya apabila mendapat emel tersebut, ingatkan scam mula-mulanya.

"Tetapi selepas diteliti, emel tersebut sahih dan sedang menunggu untuk perbincangan lanjut," katanya kepada Gempak.

Teruja untuk menyertai pertunjukan fesyen tersohor dunia itu, Syafek akui gemuruh untuk menyiapkan koleksinya dalam tempoh yang singkat.

"Boleh dikatakan sekiranya berjaya menjejakkan kaki ke NWFW, itu akan menjadi pencapaian terbesar saya dan jenama Neonate.

"Apapun, saya masih risau sama ada mampu untuk menyiapkan koleksi saya dalam tempoh kurang daripada dua bulan," tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pulang dari New York, Fazura kena kejutan dengan Fattah Amin

Sebelum ini, beberapa jenama tempatan pernah tampil di pentas New York Fashion Week antaranya Fazbulous (Fazura), MakCun (Erma Fatima) dan beberapa pereka fesyen tempatan seperti Rizman Ruzaini dan Fiziwoo.

Jenama Neonate milik Karl Syafek mencipta fenomena menerusi Kuala Lumpur Fashion Week beberapa bulan lalu menerusi koleksi yang diinspirasi daripada tokoh dan ikon popular Malaysia.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×