Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Waytha perlu dengar suara rakyat dan mohon maaf - Rina Harun

Recommended Posts

81545393790_UMNO.jpg
PETALING JAYA: Langkah terbaik yang boleh dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy adalah mendengar suara rakyat termasuk memohon maaf bagi meredakan keresahan susulan pelbagai desakan ke atas perletakan jawatannya.

Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Rina Harun berkata itu adalah jalan yang sebaiknya dan Waytha Moorthy juga perlu mengambil iktibar dari apa yang berlaku.

“Beliau kena melihat, mengambil iktibar pandangan rakyat, mungkin sesuatu perlu dilakukan seperti memohon maaf bagi mengurangkan keresahan rakyat,

“Bagaimanapun, saya berpandangan isu perletakkan jawatan beliau perlu diserahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi Wawancara Khas Sempena Perhimpunan Agung Bersatu di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya pada Jumaat.

Pelbagai organisasi dan pertubuhan bukan kerajaan mengadakan demonstrasi mendesak Waytha Moorthy melepaskan jawatannya kerana dikatakan gagal menyelesaikan dan menangani isu rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Mariamman Subang Jaya, bulan lalu.

Beberapa NGO sebelum ini juga membuat petisyen bagi mengumpul tanda tangan mendesak senator itu meletakkan jawatan berikutan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, dalam tragedi rusuhan berkenaan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...