Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Mas Ermieyati akan hadir sebagai pemerhati - Rina Harun

Recommended Posts

71480488109_MasErmieyatiSamsud.jpg
PETALING JAYA: Bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin akan dijemput menghadiri Persidangan Srikandi Sempena Perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bermula 28 Disember ini sebagai pemerhati.

Menurut Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun kemasukan Mas Ermiyati telah dimaklumkan Setiausaha Agung bahawa Ahli Parlimen Masjid Tanah itu sudah diterima sebagai ahli.

“Memandangkan beliau baharu saja mendaftar sebagai ahli, kami ada menjemput beliau menghadiri Persidangan Srikandi sempena Perhimpunan Agung Bersatu sebagai pemerhati,” katanya.

Rina turut ditanya sama ada beliau berasa tergugat dengan kemasukan Mas Ermieyati, jawabnya beliau menerima apa yang baik buat kepentingan parti Bersatu.

“Ini negara demokrasi kalau kita berasa begitu susah juga, yang penting adalah untuk kepentingan parti, perkara yang baik kita terima dan yang tidak baik kita tolak,” katanya dalam sesi wawancara khas sempena Perhimpunan Agung Bersatu di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya pada Jumaat.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×