Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

ADAM50 dihentikan menjelang akhir tahun - Zeti

Recommended Posts

51545394381_TBZETIjpg.jpg
KUALA LUMPUR: Inisiatif Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) yang diperkenalkan oleh pentadbiran kerajaan terdahulu akan dihentikan menjelang akhir tahun ini.

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, keputusan menghentikan skim tersebut dibuat berikutan ia kurang mendapat sambutan.

Menurut beliau, sejak dilancarkan 1 Januari lalu, hanya 25 peratus bayi yang dilahirkan sepanjang tahun ini mendaftar dengan program ini.

“Kerajaan telah memperuntukkan RM10 juta untuk program ini di mana dana itu telah digunakan sepenuhnya.

"Memandangkan kedudukan kewangan kerajaan semasa perlu dikukuhkan, ia tidak dapat memperuntukkan dana tambahan," kata beliau pada sidang akhbar selepas mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional pada Jumaat.

ADAM50 merupakan program yang diperkenalkan kerajaan terdahulu dengan kerjasama PNB untuk semua bayi warganegara malaysia yang lahir dalam tempoh 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.

Dengan dana tabungan permulaan sebanyak RM200 untuk ADAM50, program ini bermatlamat menggalakkan budaya menyimpan dan pelaburan oleh rakyat Malaysia daripada usia seawal baru dilahirkan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×