Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Kerajaan sasar 28.1 juta pelancong berkunjung ke Malaysia 2019

Recommended Posts

61545382829_KETAPI.jpg
PUTRAJAYA: Kerajaan mensasarkan seramai 28.1 juta pelancong antarabangsa akan berkunjung dan bercuti ke negara ini pada 2019.

Dengan jumlah tersebut, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menjangkakan negara bakal menjana pendapatan negara sebanyak RM92.2 bilion.

Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, membangunkan sektor pelancongan eko dan budaya merupakan fokus utama bagi tahun 2019.

“Saya berbesar hati ingin memaklumkan bahawa fokus utama bagi tahun 2019 adalah untuk membangunkan sektor pelancongan eko dan budaya. Saya berharap agar sokongan dan kerjasama diberikan selama ini diteruskan bagi memajukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan bertaraf dunia menjelang 2020,” katanya.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan kempen Visit Malaysia 2020, kementerian juga kata beliau, telah merancang beberapa strategi utama.

Menurut beliau, antara strategi utama yang dirancang ialah menyediakan geran sepadan sebanyak RM100 juta kepada syarikat swasta serta dana tabung pelancongan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sebanyak RM500 juta dalam membantu dan meluaskan perniagaan pengusaha kraftangan dan inap desa.

Strategi lain, jelasnya, kementerian juga akan mencalonkan lebih banyak tapak warisan yang berpotensi untuk diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×