Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Am : Kawasan bukit AEON di Paya Indah Wetlands diserah kepada Perhilitan

Recommended Posts

DENGKIL, 21 Dis (Bernama) -- AEON Co (M) Bhd hari ini menyerahkan kawasan seluas 26 hektar di Paya Indah Wetlands di sini, yang dikenali sebagai Bukit AEON dan ditanam dengan lebih 60,000 batang pokok, kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Bukit AEON merupakan program tanggungjawab sosial korporat AEON yang dimulakan pada 15 Sept 2004 di bawah projek Malaysia-Japan Friendship Forest dan antara pokok yang ditanam ialah kekabu, gelam, beruas, saga, mahang serta pelong.

Pengarah Urusan AEON Co (M) Berhad, Shinobu Washizawa dalam ucapannya yang disampaikan dalam bahasa Malaysia berkata, pokok-pokok berkenaan ditanam oleh murid sekolah, pelanggan AEON, petugas AEON dan sukarelawan AEON.

"Aktiviti menanam pokok merupakan komitmen AEON dalam memelihara keseimbangan biodiversiti khazanah alam di Malaysia," katanya pada majlis penyerahan kawasan penanaman berkenaan di sini hari ini.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar dalam ucapannya pula merakamkan penghargaan kepada AEON di atas program tanggungjawab sosial korporatnya di Paya Indah Wetlands yang disifatkan terbesar dan paling berjaya.

"AEON telah mengambil inisiatif dalam pemulihan kawasan tanah lembap dan penanaman semula pokok. Kawasan tanah lembap merupakan penghalang kepada berlakunya bencana banjir dengan fungsinya sebagai span dan menyerap air lebih banyak berbanding tanah jenis lain," katanya.

-- BERNAMA

.
.
.....

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×