Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Hujan ais batu di Australia: Netizen bertanya, kenapa bentuk kali ini aneh dan berbeza?

Recommended Posts

71545380386_hujanbatu.jpg
SYDNEY: Kejadian hujan ais batu bukan suatu perkara baharu, namun bagi penduduk di Sydney dan beberapa kawasan di sekitar negeri New South Wales di Australia, fenomena yang melanda pada Khamis membuatkan mereka tertanya-tanya tentang suatu keanehan.

Garus masa pengguna media sosial tempatan dipenuhi banyak muat naik yang menunjukkan gambar ketulan ais yang besar berselerakan di kawasan kediaman mereka. Selain mempunyai saiz bola golf dan bola tenis, kebanyakan daripadanya juga berbentuk seperti bunga kobis dan bergerigi.

“Ini antara hujan batu yang paling aneh saya pernah alami,” ujar seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi pengguna mengadu, ketulan ais yang menimpa rumahnya adalah seperti telur – berbentuk bujur dan mempunyai bahagian tengah yang padat.


Ada pula yang mempunyai tekstur seperti rupa air yang mendidih dan berbuih, namun terus membeku dan mengeras di langit sebelum ia jatuh ke bumi. Agensi berita AFP melaporkan, pihak berkuasa sebelum itu telah mengeluarkan amaran tentang kejadian berkenaan, namun peringatan itu tidak memadai untuk menghindarkan kerosakan harta benda yang mencecah puluhan juta dolar.

Ketulan ais tersebut telah menghentam dan memecahkan banyak cermin kenderaan, sementara ramai orang terpaksa berlari mencari tempat perlindungan yang kukuh.

Di lokasi rekreasi popular, iaiti di Bondi Beach, orang ramai yang tidak sempat berlri ke bawah tempat berbumbung terpaksa menggunakan papan luncur untuk melindungi kepala mereka.

Setakat ini, Majlis Insurans Australia (ICA) menyatakan, sejumlah 25,000 tuntutan telah dibuat penduduk tempatan yang mencapai nilai AUS$125 juta.

“Menjelang seminggu sebelum Krismas, syarikat insurans sedang berusaha mengurangkan tekanan yang dialami isi rumah dan pemilik perniagaan yang terjejas akibat bencana ini,” ujar jurucakap ICA, Campbell Fuller.

Sementara itu, pihak kaji cuaca memberi penjelasan tentang bentuk ketulan ais tersebut.

Menurut mereka, hujan ais batu yang menimpa pada Khamis itu lebih besar berbanding biasa kerana ia berpunca daripada ribut yang jauh lebih besar.

“Ketulan ais kecil adalah air dalam lapisan troposfera, iaitu aras terendah dalam atmosfera, yang membeku dalam awan ribut petir.

“Biasanya apabila ketulan itu sudah menjadi sebesar biji kacang, ia akan jatuh ke bumi,” ujar seorang pakar meteorologi.

Namun, untuk menghasilkan ketulan yang lebih besar, ketulan itu akan terpusar semula dalam kitaran ribut dan kembali ke awan.

“Proses berulang itu yang membuatkan ketulan ais mengumpul lapisan-lapisan air baharu dan terus membeku lagi ,” ujar laporan itu, yang mengatakan tujahan angin akibat ribut membuatkannya lebih lama di langit untuk menjadi ketulan-ketulan ais yang lebih besar.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×