Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Putin beri bayangan untuk kahwin lagi

Recommended Posts

81545378287_TBPUTINRUSSIA.jpg
PRESIDEN Rusia, Vladamir Putin memberi bayangan untuk menamatkan zaman duda, tetapi tidak menamakan siapakah wanita yang akan dikahwininya.

Pemimpin dunia berusia 66 tahun itu selama ini dikenali sebagai seorang yang begitu mempertahankan privacy kehidupan beliau dan keluarga.

Jawapan spontan itu keluar dari mulutnya selepas disoal wartawan pada sidang media tahunan yang lebih banyak tertumpu kepada hubungan antarabangsa dan ekonomi.

“Sebagai seseorang yang dihormati, saya mungkin perlu juga melakukan perkara ini pada suatu masa nanti,” kata Putin sambil tersenyum.

Putin bergelar duda pada 2013 selepas bercerai dengan Lyudmila yang dikahwininya pada 1983.

Dua anak perempuan Putin, Katerina dan Maria yang kedua-duanya berusia awal 30-an tidak terlibat dalam gelanggang politik seperti bapa mereka dan sentiasa berusaha untuk tidak menjadi perhatian umum.

Sejak bercerai dengan Lyudmila, banyak khabar angin tersebar mengenai kehidupan peribadi Putin.
Akhbar Russia juga pernah melaporkan beliau menjalin hubungan dengan bekas ahli gimnas Olimpik, Alina Kabaeva, namun laporan itu dinafikan oleh Putin.

Pada 2016 pulka, Reuters melaporkan seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan dengan Putin memindahkan pemilikan hartanah kepada kakak dan nenek Alina Kabaeva. - Agensi

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...