Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

'Biarlah mereka berjumpa, apa isunya?'

Recommended Posts

81525104626_TIANCHUA.jpg
KUALA LUMPUR: Chua Tian Chang tidak melihat pertemuan yang sering kali terjadi antara Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar dan Khairy Jamaluddin sebagai satu isu yang perlu diberi perhatian serius.

Katanya, ia menepati kebebasan yang diamalkan di negara ini dan mereka berhak untuk berjumpa dengan sesiapa pun tanpa sebarang halangan.

“Kita jumpa semua orang. Ini kan negara bebas. Kita jumpa dengan pelbagai jenis orang. Jadi, kalau mereka berjumpa pun, apa isunya?” soal Naib Presiden PKR itu yang lebih dikenali sebagai Tian Chua.

Katanya, isu itu menjadi sensasi dan menarik perhatian orang ramai apabila digembar-gemburkan oleh pihak media memandangkan mereka tidak mempunyai pendirian politik yang sama.

Tian Chua berkata demikian selepas menghadiri forum “Reformasi Sistem Pilihan Raya dan Pengukuhan Demokrasi” anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Bersih 2.0 di sini malam tadi.

Ditanya sama ada pertemuan ketiga-tiga ahli politik itu boleh disifatkan sebagai tidak menghormati pendirian parti, Tian Chua menegaskan, dia tidak beranggapan sebegitu.

“Ia timbul disebabkan media memutar belitkan isu tersebut, kononnya ketiga-tiga mereka sedang merancang plot, dan mereka adalah ahli politik generasi baharu atau gerakan politik tertentu.

"Saya rasa ia adalah benar-benar spekulasi yang dimainkan oleh media. Dan saya rasa kita tidak perlu mengandaikan tindakan yang dilakukan oleh ahli politik,” tambahnya.

BACA: 'Sekali sekala, kami jumpa untuk makan tengah hari bersama'

Nurul Izzah merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dari Pakatan Harapan, juga Naib Presiden PKR, sementara Khairy adalah Ahli Parlimen Rembau dari Barisan Nasional.

Sementara Rafizi adalah bekas wakil rakyat Parlimen Pandan, juga bekas Naib Presiden PKR. 

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...