Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Jangan bakar sentimen perkauman - Raja Muda Kedah

Recommended Posts

41545317717_RajaMudaKedah.jpg
KUALA KEDAH: Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin meminta agar semua rakyat tidak menjadi batu api atau penyebab dalam menyemarakkan api perkauman dalam kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.

Exco Kerajaan Negeri Kedah Datuk Dr Ismail Salleh berkata, Tengku Sarafudin turut meminta rakyat supaya bertenang dalam keadaan sebegini dan menyerahkan tugas menyiasat kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Tuanku pada masa yang tadi juga menyebut perkara itu, jangan kita hukum sendiri dan juga jangan menjadikan sentimen sama ada sentimen agama atau bangsa, jadi kita biar undang-undang yang menyelesaikan sebab kalau begitu bentuknya akan berlaku banyak kekacauan dalam negara kita," kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, Ismail turut menjelaskan bahawa Tengku Sarafudin mendesak agar keadilan dalam kes ini dapat ditegakkan, di samping berjanji pihak Istana Kedah akan sentiasa membantu keluarga Muhammad Adib dari segi keperluan harian.

"Tuanku telah memberi jaminan melihat apa saja keperluan pihak keluarga Adib dan secara kebetulan saya juga adalah ADUN di sini. Saya juga telah berbisik dengan ayah Adib tadi untuk beberapa kali saya kata, 'ada apa apa bagitahu sahaja'," katanya.
Out

Tengku Sarafudin ketika itu hadir menziarahi keluarga Allayarham Mohd Adib di Kg Tebengau, Kuala Kedah pada Khamis.

Dalam lawatan yang berlangsung kira-kira 30 minit itu, Raja Muda Kedah turut menyampaikan bantuan kepada keluarga Muhammad Adib bagi meringankan beban keluarga Allahyarham.

Muhammad Adib cedera parah setelah dipukul sekumpulan perusuh dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya, Selangor pada 27 November lalu.

Mohammad Adib meninggal dunia pada jam 9.41 malam Isnin setelah tiga minggu bertarung nyawa di unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN).

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...