Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

JBPM gesa polis percepatkan siasatan ke atas Adib

Recommended Posts

71545306046_DATUKMUHAMMADNASIR.jpg
KUALA KEDAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyegerakan siasatan kes kematian anggotanya, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, sehingga pembunuhnya ditangkap seterusnya dihadap ke muka pengadilan.

Demikian tegas Timbalan Pengarah JBPM Selangor, Hassan 'As'ari Omar yang mahu kes ini diselesaikan secepat mungkin kerana ia mengakibatkan nyawa anggota tidak berdosa menjadi korban kekejaman manusia yang tiada hati perut.

Jelas Hassan, perkara seperti ini diluar jangkaan pihaknya sehingga berlaku perkara di luar lumrah manusia.

BACA: Muhammad Adib meninggal dunia

BACA: Kes Muhammad Adib kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh - Polis

Malah, beliau turut membawa harapan ibu bapa Allahyarham Mohammad Adib yang menginginkan si pelaku itu ditangkap segera.

"Bagi pihak JBPM, kami mengharapkan satu siasatan yang komprehensif dan telus mesti dilakukan bagi mengenal pasti apakah punca dan siapakah yang melakukan ataupun siapakah sebenarnya yang telah menyebabkan insiden seperti ini berlaku (sehingga) menyebabkan kehilangan seorang wira bomba yang kita sayangi," katanya.

Justeru, beliau juga berharap agar tirai 2018 yang penuh dengan tragis melibatkan bomba dapat dipadamkan menjelang tahun baru 2019, serta pegawai dan anggotanya dapat mempertingkatkan tahap keselamatan meskipun cabaran sentiasa menanti di hadapan.

Terdahulu Hassan, bersama Pemangku Pengarah Bomba Kedah, Mohd Zahar Abdullah mengiringi Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin bersama Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff menziarahi keluarga Mohammad Adib di rumahnya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah pada Khamis.

Dalam kunjungan itu Tengku Sarafudin Badlishah turut menyampaikan sumbangan kepada bapa Allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid.

Muhammad Adib meninggal dunia selepas mengalami cedera parah setelah dipukul sekumpulan perusuh dalam kejadian rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, bulan lalu.

Allahyarham meninggal dunia pada jam 9.41 Isnin malam setelah tiga minggu bertarung nyawa di unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN).

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...