Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Benjy semakin derita, hampir positif sakit Tibi

Recommended Posts

KUALA LUMPUR: Pelakon Malaysia yang kini ditahan di penjara di Tanjung Gusta, Medan, Indonesia, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy dilaporkan sedang menderita dari aspek kesihatan akibat penyakit asma yang sangat kronik.

Anak kepada pelakon ternama Allahyarham Azean Irdawaty itu dikhabarkan sering mengalami kesukaran bernafas sehingga hampir disahkan mengidap penyakit batuk kering atau Tibi.

Memandangkan masih menjalani hukuman akibat kesalahan menyeludup dadah, Benjy berhadapan dengan masalah kewangan yang kritikal bagi menampung kos perubatan dan rawatannya.

Berkongsi penderitaan yang dialami Benjy, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaini berkata, aktor itu menyampaikan permintaannya agar dia dibantu bagi meringankan bebannya.

NOTA tulisan Benjy dari dalam penjara yang disampaikan kepada Zed Zaidi. - Foto Astro Awani

"Tahap kesihatan Benjy agak kronik,...penyakit asma dan kesukarannya untuk bernafas agak kronik dan dia memerlukan sumbangan bagi kos perubatan dan perawatan hampir disahkan menghidap penyakit tibi," kata Zed Zadi dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur pada Khamis.

Menurut Zed, dalam pertemuan dengan Benji di penjara di Medan, beberapa hari lalu, Benjy tidak mampu menyembunyikan kesedihan dan kekesalannya dengan apa yang berlaku.

Kesedihan Benjy, jelas Zed, tambah berganda kerana lawatan beliau dan Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah tempoh hari merupakan kunjungan sulung daripada kenalan dari Malaysia.

"Sewaktu kita secara peribadi bertemu dengan Benjy, dia terus peluk saya dan tidak melepaskan saya

"Dia memberitahu dengan nada sebak, ini kali pertama menerima lawatan dan kenalan dari Malaysia," kata Zed lagi.

Bertitik tolak pada kunjungan ke penjara itu memberikan idea kepada Zed dan Seniman untuk melancarkan tabung bagi menampung keperluan Benjy sepanjang menjalani hukuman.

ZED ZAIDI (kiri) dan Hafiz Nafiah menunjukkan tabung yang dilancarkan untuk membantu Benjy. Foto Astro Awani.

Benjy, kata Zed, memerlukan antara RM500 hingga RM600 sebulan bagi menampung kos perubatannya.

"Dari aspek pemberian sumbangan dan kaedah penyaluran bantuan kita akan lakukan kajian. Kita akan memastikan Benjy dapat menerima duit secukupnya bagi kos perubatan, makanan dan juga kos menampung kehidupan di penjara.

"Kami berharap agar kita dapat terus membantu Benjy bagi menghadapi hukumanya dengan sempurna," kata Zed lagi.

Dalam masa sama, Zed juga menyampaikan pesanan Benjy yang memohon kepada seluruh rakyat Malaysia untuk membantunya menampung kos rawatan dan mendoakan kesejahteraan.

Serentak itu, Zed mengumumkan pelancaran Tabung Prihatin Seniman dan Seniman Run 2.0 yang bertujuan mengumpul dana kebajikan yang akan disalurkan kepada ahli ahli seniman yang kurang bernasib baik dan memerlukan.

Dalam pada itu, pada majlis yang sama Zed Zaidi turut melancarkan Tabung Prihatin Seniman Khas untuk Benjy.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×