Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Am : Pembekal gagal bekal ubat, masalah e-perolehan punca kurang bekalan di hospital

Recommended Posts

683d284bb53b59b42ed15bb7c7af8cc65c1b1e29
Dr Lee Boon Chye
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Kementerian Kesihatan memaklumkan kekurangan bekalan ubat di hospital kerajaan di seluruh negara berikutan kegagalan pembekal membekalkan ubat dan masalah berkaitan e-perolehan.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata bagaimanapun kementerian sentiasa memberi perhatian serius termasuk mengarahkan pembekal patuh kepada ketetapan walaupun terpaksa mendapatkan bekalan daripada syarikat lain bagi memastikan bekalan itu tidak terputus.

“Masalah kedua adalah berkaitan e-perolehan, yang mana peruntukan bekalan ubat-ubatan yang kadangkala terputus. Jadi hospital berkenaan terpaksa mengurangkan bekalan ubat kepada pesakit dari satu bulan disingkatkan kepada seminggu atau dua minggu sahaja,” katanya ketika sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Dr Lee menjawab soalan Senator Dr Zaiedi Suhaili mengenai punca kekurangan bekalan ubat-ubatan di hospital kerajaan serta langkah untuk mengatasinya.

Sementara itu, Dr Lee sekali lagi menegaskan kementerian tidak bercadang menghapuskan caj bayaran RM1 yang dikenakan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

“Kita akan pastikan kebajikan golongan B40 terus dibela dan mendapat rawatan yang berkualiti, namun kerajaan juga ada kekangan daripada segi bajet. Dianggarkan perkhidmatan yang dibekalkan oleh kementerian menawarkan sekurang-kurangnya 95 peratus subsidi daripada kerajaan,” katanya.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×