Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Barrack Obama jadi 'Santa Klaus' hiburkan kanak-kanak

Recommended Posts

61545278274_Obama.jpg
SEMPENA sambutan Hari Natal yang akan diraikan pada 25 Disember ini, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama mengejutkan pesakit dan kakitangan di sebuah hospital di Washington dengan kemunculannya sebagai Santa Claus.

Dengan mengenakan topi merah dan memikul kantung berisi hadiah Krismas, kemunculan Obama di Children's National Medical Center disambut seperti seorang bintang filem.

Mengenali karakter Obama yang mudah mesra menjadikan para pesakit dan kakitangan di hospital berkenaan berasa sangat dekat dengan beliau.

Muncul dengan gaya yang sangat sederhana mengenakan baju bewarna kelabu dan berseluar panjang, Obama menghiburkan pesakit yang terdiri daripada kanak-kanak sambil mengedarkan hadiah.

Pada usia 57 tahun itu, kehadiran Presiden AS ke-44 itu disambut dengan sorakan dan nyanyian lagu Krismas di hospital berkenaan

"Saya hanya ingin menyampaikan terima kasih kepada kalian semua,"  katanya kakitangan hospital berkenaan.

Obama turut berkunjung ke wad-wad pesakit sambil menyapa mereka dengan ucapan "ho, ho, ho" dan mengagihkan hadiah.

Kebanyakan pesakit dan waris di akan menghabiskan percutian sempena Krismas di hospital itu.

"Di manapun keluarga berada, di manapun orang-orang yang kau cintai berada, di sanalah Natal berada," kata Obama kepada seorang gadis remaja.

"Selamat Natal dan selamat berlibur bagi anak-anak, keluarga dan kakitangan di Children's National yang luar biasa," kicau Obama di laman Twitter sambil berkongsi videonya berkunjung ke rumah sakit itu.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...