Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Jejantas depan HRPB retak: Pihak bertanggungjawab digesa segera baiki

Recommended Posts

61545274135_HRPB.jpg
IPOH: Kerajaan negeri Perak menggesa pihak bertanggungjawab segera membaiki semula keretakan struktur jejantas berhadapan Hospital Raja Permaisuri Bainun, di Jalan Raja Ashman Shah, di sini.

Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, setakat ini, penghadang telah dipasang di kawasan tersebut bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku demi keselamatan orang awam.

“Jalan berkenaan adalah di bawah seliaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan telah diambil maklum pihak berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, lapor Bernama.

Katanya, keretakan itu berlaku pada dua minggu lepas selepas lori pihak kontraktor iaitu Syarikat Mangkubumi Sdn Bhd yang sedang membawa jentera terlanggar jejantas berkenaan dan menyebabkan ia teranjak sedikit ke hadapan.

“Ia mengakibatkan keretakan di struktur ‘pier’ dan ‘support’. Bagaimanapun keadaan struktur jejantas masih stabil dan keretakan hanyalah disebabkan impak secara literal daripada pelanggaran tersebut,” katanya.

Abdul Yunus berkata pihak kontraktor berkenaan sedang melaksanakan kajian lanjut berkaitan struktur jejantas dan akan mengemukakan laporan lengkap kaedah pembaikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh dua minggu.

“Kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan oleh pihak Mangkubumi selepas mengemukakan laporan tersebut kepada pihak MBI,” katanya.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...