Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Kerajaan gandakan usaha penuhi janji pilihan raya - Tun Mahathir

Recommended Posts

61545256963_TunM.jpg
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa kerajaan Pakatan Harapan akan menggandakan usaha dalam memenuhi janji-janji yang dibuat, terutamanya berkaitan janji pilihan raya.

Katanya, apabila kerajaan mengalami defisit kepercayaan, ia akan mula ditolak rakyat.

Rakyat kemudian akan menggunakan suara mereka melakukan apa sahaja untuk menumbangkan kerajaan itu, tambahnya.

"Adalah amat penting sekali bagi kerajaan dipercayai rakyat dan memenuhi janji-janjinya.

"Bila adanya kegagalan mendapatkan kepercayaan rakyat, kerajaan yang paling kuat sekalipun akan tumbang.

"Dan kerajaan sekarang amat menyedari hal ini, memang janji-janji telah dibuat sebelum kita mendapat kuasa," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Siri Kepimpinan Dr Mahathir Mohamad di sini pada Rabu.

BACA: 'Saya tidak putuskan apa-apa lagi mengenai Waytha' - PM

Dr Mahathir berkata Pakatan Harapan, ketika itu, masih sebagai pembangkang, membuat janji dengan jangkaan mereka akan kalah.

"Janji-janji itu adalah untuk kerajaan yang berkuasa, jadi jika mereka menang mereka akan mendapati janji itu sukar untuk dipenuhi.

"Nasib baik atau tidak bernasib baik kami menang dan kini kami perlu  menggandakan usaha kami untuk memenuhinya.

"Tentu sekali kadang kala janji itu sukar untuk dipenuhi tetapi sama ada sukar atau tidak, seseorang itu mestilah menunjukkan ia cuba melakukan yang terbaik untuk memenuhinya.

"Sesebuah kerajaan hanya boleh terus diberi kuasa jika ia boleh dipercayai, kita mesti penuhi apa yang telah kita janjikan," kata beliau.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×