Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

"Terima kasih kerana mendengar lagu saya" - Yuna rakam penghargaan buat peminat

Recommended Posts

61544169603_yuna_1.jpg
PENYANYI kelahiran Malaysia yang menempa nama di Hollywood, Yuna merakamkan penghargaan kepada semua peminatnya yang tidak jemu-jemu menyokong kerjaya seninya.

Di laman Instagram peribadinya, Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai terharu dengan sokongan luar biasa peminat-peminatnya.

Kata Yuna, apa yang dikecapinya hari ini berbeza dengan senario sedekad yang lalu ketika dia mula berjinak-jinak dalam bidang muzik. 

"Terima kasih kerana selalu mendengar lagu-lagu saya ketika lewat malam, ulang kaji pelajaran, memandu, minum kopi di pagi hari, kelas menari dan selepas putus cinta.

"Terima kasih kerana menghidupkan muzik saya, menurut apa yang saya peroleh dari Spotify, lagu-lagu saya telah dimainkan di 76,890 bandar di seluruh dunia," tulisnya sebagain kapsyen.

Menjengah di ruangan komen akaun Instagram Yuna, rata-rata netizen berkongsi kegembiraan dengan pencapaian peminat penyanyi lagu Terukir Di Bintang itu.


Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×