Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Air pasang besar: Benteng penahan ombak perlu diselenggara dengan baik

Recommended Posts

51474441822_ombakbesar.jpg
PUTRAJAYA : Pakar Hidraulik dan Hidrologi, Datuk Dr Azuhan Mohamed mencadangkan agar benteng penahan ombak seluruh negara diselenggara dengan baik bagi menangani fenomena air pasang besar yang diramal berlaku pada 24 Disember ini.

Ia berikutan ketika ini, kerja-kerja penyelenggaraan benteng berkenaan dilihat masih berada dalam tahap kurang memuaskan di sesetengah kawasan.

"Isu sekarang ini, apa yang berlaku adalah dua sebab. Pertama, perubahan iklim. Apabila berlaku perubahan iklim, air makin panas. Bila air makin panas, paras air itu tinggi dan apabila air pasang besar berlaku, maka ia melanda benteng, menyebabkan ia tidak berfungsi dengan baik lagi. Kedua, benteng yang kita bina itu tidak diselenggara dengan baik. Ada sesetengah tempat bentengnya sudah pecah," katanya dalam satu temu bual bersama Astro AWAN di sini pada Jumaat.

Selain itu katanya, ada benteng yang dibina telah mendap menyebabkan limpahan air sungai dan laut melimpah keluar serta mengakibatkan banjir.

"Apabila benteng itu pecah ia akan menyebabkan air melimpah ke kawasan perkampungan dan ada yang menyebabkan berlaku fenomena 'banjir termenung'. Jadi kena pam air keluar," ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut mencadangkan usaha penanaman pokok bakau dipertingkatkan untuk mengatasi masalah air pasang besar untuk jangka masa panjang.

"Pokok bakau perlu ditanam di hadapan benteng penahan ombak. Namun, kalau kita lihat, jika pokok bakau tiada, ombak akan menghentam benteng," kata beliau lagi.

Namun, penanaman pokok bakau perlu dilakukan secara sistematik dan melalui suatu kajian yang terperinci.

"Kebanyakan penanaman bakau yang kita buat di tepi pantai ini, tidak sampai dua tiga bulan, sudah hilang. Jadi kajian juga perlu dilakukan untuk penanamannya contohnya bertanya kepada penduduk setempat bila biasanya air pasang melanda dan sebagainya," ujarnya.

Sebelum ini, Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Azizan Abu Taat berkata  78 ribu kekuatan bersama aset diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi berdepan fenomena air pasang besar yang diramalkan berlaku pada 24 Disember ini.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×