Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Satu maut, lima cedera nahas bas ekspres rempuh lori di Seremban

Recommended Posts

71530102402_CarAccident.jpg
SEREMBAN: Seorang penumpang maut manakala lima lagi cedera selepas bas yang dinaiki melanggar belakang sebuah lori di Kilometer (KM) 269 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur keluar Bandar Ainsdale, dekat sini, pagi Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis ketika dihubungi berkata mangsa yang maut ialah seorang penumpang wanita yang dipercayai tercampak keluar dari bas berkenaan, lapor Bernama.

Lima yang cedera ialah tiga penumpang serta pemandu bas dan seorang kelindan lori.

Ketika kejadian pada 11.53 pagi, bas ekspres itu membawa 21 penumpang dari Singapura menuju ke Genting Highlands, Pahang.

"Dalam kejadian itu, pemandu bas tersepit di bahagian pemandu manakala terdapat seorang wanita tercampak keluar ke atas jalan raya dari tingkat dua bas berkenaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

"Selain itu, 15 penumpang lain terselamat termasuklah pemandu lori berkenaan yang tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya, di sini, hari ini.

Norazam berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.35 pagi dan seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Seremban dan Senawang dikerahkan ke lokasi kejadian.

Katanya, mangsa yang maut dan kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini bagi bedah siasat dan rawatan lanjut.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×