Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Tun Siti gesek biola, Jamal main piano

Recommended Posts

51544166231_JAMAL.jpg
KUALA LUMPUR: Bagi penghibur tersohor tanah air, Datuk Jamal Abdillah, tiada apa yang dapat disimpulkan mengenai Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali selain daripada menyifatkan isteri Perdana Menteri itu sebagai seorang wanita yang sangat luar biasa.

Melihat keseriusan dan dedikasi Dr. Siti Hasmah semasa menjalani latihan bagi menjayakan persembahan konsert di Istana Budaya, Kuala Lumpur membuatkan Jamal terlalu terharu kerana berpeluang memperoleh kesempatan itu.

"Tun Siti sangat menakjubkan. Saya amat terharu dan berasa sangat sebak kerana dapat bergandingan dengan beliau untuk konsert akan datang.

"Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk memperoleh kesempatan Tun Siti menggesek biola mengiringi nyanyian saya. Terima kasih Tun Siti," kata Jamal kepada Astro Awani berkongsi kegembiraan.

Isteri Tun Dr. Mahathir Mohamad itu bakal menggesek biola dalam lagu Fatwa Pujangga dan Engkau Laksana Bulan yang akan dinyanyikan oleh Jamal secara solo dalam Konsert Duo Legenda di Istana Budaya pada 20 hingga 23 Disember ini.

Selain itu, Dr. Siti Hasmah juga akan tampil mengiringi persembahan Jamal dan seniman Datuk M. Nasir menerusi lagu Gubahanku yang dinyanyikan secara duet oleh dua penghibur legenda itu.

Kemunculan wanita berusia 92 tahun itu dinanti-nantikan ramai pencinta muzik tanah air kerana julung-julung sekali Dr. Siti Hasmah mengiringi persembahan penyanyi popular.

Dengan kemunculan istimewa Dr. Hasmah kelak, Jamal, 59, yang sangat masyhur dengan lagu Kekasih Awal Dan Akhir mengakui, perasaannya ketika ini sangat berdebar dalam masa sama cukup teruja kerana pementasan kali ini menyimpan makna yang terlalu besar buatnya.

"Tun Siti saling tidak ubah seperti ibu saya. Cara beliau bercakap dengan nilai keibuan, memberi idea dan pandangan untuk konsert ini membuatkan saya sungguh berbesar hati untuk bergandingan dengan beliau," kata Jamal menyambung perbualan.

Bahkan, undangan Dr. Siti Hasmah kepada beliau untuk bersarapan di kediaman Perdana Menteri pagi tadi juga disambut Jamal dengan rasa penuh terharu.

"Pagi tadi, saya dan Tun Siti turut berbincang mengenai persembahan kami akan datang. Bahkan, saya diminta untuk menyampaikan lagu sambil beliau memetik piano," kata Jamal.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×