Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Am : Sultan Nazrin Solat Jumaat di Masjid Al-Azim

Recommended Posts

cc057b45e15742e2c462d2995c107f2b5c0a15e3
MELAKA, 7 Dis (Bernama) -- Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda kira-kira 1 tengah hari diiringi Yang di-Pertuan Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.

Sultan Nazrin yang juga Sultan Perak mengenakan persalinan baju Melayu berwarna kuning cair menunaikan solat Jumaat yang diketuai Imam Besar Masjid Al-Azim, Datuk Mohammad Hashim Al-Hafiz, bersama kira-kira 5,000 jemaah.

Mohammad turut membacakan khutbah bertajuk 'Bahaya Fitnah Akhir Zaman'.

Dalam khutbahnya, beliau meminta masyarakat agar memperkukuhkan keperibadian diri dengan pengisian iman dan takwa selain mengambil ikhtibar dari segala perkara musibah yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Selesai solat Jumaat, Sultan Nazrin kemudian berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan para jemaah sebelum berangkat meninggalkan masjid kira-kira 2 petang.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×