Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Ahmad Faizal sah Presiden Pafa

Recommended Posts

81544111271_DatukSeriAhmadFai.jpg
IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sah dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) sebagaimana diputuskan kongres luar biasa (EGM) yang bermesyuarat malam ini.

EGM itu turut mengesahkan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Zainal Azman Abu Seman sebagai Timbalan Presiden Pafa.

Tiada agenda lain yang dibincangkan dalam mesyuarat yang berlangsung tidak sampai 30 minit itu kecuali pengesahan jawatan Ahmad Faizal dan Zainal Azman.

Ahmad Faizal dalam ucapan penutupnya meminta semua pihak kembali bersatu demi kemajuan bola sepak negeri.

"Tutup cerita lama dan buka buku baru. Kita satu keluarga, mari kita bergerak maju ke hadapan," katanya.

BACA: Ahmad Faizal ganti Hasnul terajui Pafa

BACA: Presiden Pafa didesak letak jawatan

BACA: Presiden Pafa tidak berganjak

Beliau turut berterima kasih kepada perwakilan dari 18 ahli gabungan yang telah mencalonkan kedua-dua mereka untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dan Datuk Adly Shah Ahmad Tah.

Pada EGM itu juga, Pafa menerima tajaan bernilai RM1 juta dari Syarikat KL Teh Land and Development Sdn Bhd.

BACA: MB Perak percaya Presiden Pafa akan buat keputusan tepat

BACA: Exco Pafa tolak peletakan jawatan Hasnul

BACA: MB Perak kesal Presiden Pafa letak jawatan

Kongres luar biasa itu diadakan susulan peletakan jawatan Hasnul sebagai presiden PAFA pada 8 Nov lalu bagi memberi tumpuan kepada kerjaya beliau selaku ahli politik dan exco kerajaan negeri.

Manakala, Adly Shah pula meletak jawatan sebagai timbalan presiden Pafa pada 13 Nov lalu.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×