Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

ICERD: Rakyat Malaysia jadi mangsa mitos dan salah faham - Kit Siang

Recommended Posts

81485595302_LimKitSiang.jpg
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, rakyat Malaysia menjadi mangsa begitu banyak mitos dan salah faham berkenaan Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menurutnya, cadangan meratifikasi ICERD tidak berpunca daripada agenda rahsia untuk melemahkan Perlembagaan Persekutuan atau menyerang kedudukan orang Melayu, agama Islam dan Raja-raja Melayu.

Katanya, ICERD bukan sahaja serasi dengan Islam dan agama lain, malah ia turut serasi dengan Perlembagaan dan tidak menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

"Ini sebabnya kenapa kebanyakan negara majoriti umat Islam di dunia, termasuk negara anggota OIC seperti Jordan, Palestin dan bahkan Arab Saudi telah meratifikasi ICERD," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, ramai yang salah faham dan menganggap sekiranya Malaysia meratifikasi ICERD, Perkara 153 Perlembagaan akan dimansuhkan apabila objektifnya telah dicapai.

"Sebenarnya, Perkara 153 konsisten dengan dengan tujuan ICERD, memandangkan Perkara 1(4) dan 2(2) konvensyen itu bertujuan melaksanakan kesetaraan yang berkesan atau substantif.

"Bukan sekadar kesetaraan yang bersifat rasmi dan luaran sahaja," tambahnya.

Lim menjelaskan, setakat ini, 36 daripada 38 negara dengan sistem monarki telah meratifikasi ICERD, termasuk United Kingdom pada 1969, Norway (1970), Sweden (1971), Denmark (1971), Belanda (1971), Jordan (1974), Belgium (1975), Jepun (1995) dan Arab Saudi (1997).

Langsung tidak wujud indikasi bahawa meratifikasi ICERD oleh 36 negara ini telah menjejaskan sistem monarki sehingga ia dihapuskan, tegasnya.

Katanya, beliau bagaimanapun menyokong keputusan Kabinet untuk tidak meratifikasi ICERD, meski ia katanya, satu langkah ke belakang dalam usaha membina Malaysia Baharu.

"Malaysia tidak harus meratifikasi ICERD sehingga majoriti kaum dan agama di negara ini menyokongnya dan memahami bahawa ia tidak mengancam kepelbagaian kaum, agama mahupun Perlembagaan Persekutuan.

"Tetapi, (ICERD) merupakan langkah ke hadapan menyertai masyarakat dunia mempromosi hak asasi manusia," katanya.

Lim berpendapat, isu ICERD adalah amaran untuk seluruh rakyat Malaysia bahawa wawasan Malaysia Baharu masih boleh dikalahkan sekiranya kita membiarkan oportunis politik dan para ‘desperado’ mengeksploitasi politik kebohongan, kebencian kaum dan agama sehingga sanggup melancarkan konflik kaum dan agama.

Tiada rakyat Malaysia yang mahu meratifikasi ICERD jika harganya ialah satu lagi rusuhan kaum seperti 13 Mei, tambahnya.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×