Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Lembaga Air Perak umum bonus dua bulan setengah

Recommended Posts

61534999627_faizalazumu.jpg
IPOH: Lembaga Air Perak (LAP) akan membayar bonus sebanyak dua bulan setengah kepada kakitangannya penghujung tahun ini, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi LAP berkata pembayaran bonus itu akan melibatkan 1,100 kakitangan LAP dengan perbelanjaan berjumlah RM6.7 juta.

“Bonus ini akan mula dibayar penghujung bulan ini kepada semua kakitangan selewat-lewatnya sebelum sambutan hari Krismas.

“Tahun ini juga kita galakkan kakitangan LAP untuk memberi sumbangan secara rela kepada fakir miskin sebagai tanda menginsafi berapa untungnya mereka berbanding golongan berkenaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat LAP, di sini pada Khamis.

Ahmad Faizal juga turut memberitahu sehingga 31 Oktober 2018, LAP telah mencatatkan anggaran keuntungan bersih selepas cukai berjumlah RM51.47 juta iaitu peningkatan sebanyak 0.4 peratus.

“LAP telah mencatatkan jualan air sebanyak RM285.60 juta berbanding tahun lalu iaitu RM279.10, ini merupakan peningkatan 2.3 peratus.

“Bilangan akaun pengguna juga telah meningkat dari 770,545 pada 31 Oktober 2017 kepada 786,271 pada tempoh sama tahun ini, sekali gus turut mencatatkan peningkatan bersamaan 2.0 peratus,” jelas beliau.

Selain itu, Ahmad Faizal turut mengumumkan bahawa LAP telah membelanjakan sebanyak RM1.29 juta bagi Program Penurunan Tarif Air melalui pemberian diskaun kepada semua pengguna domestik mulai 1 Ogos hingga 26 November 2018.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×