Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

YB Syed Saddiq, rakyat Malaysia memang gemar cuti tambahan

Recommended Posts

61544100139_suedsaddiq.jpg
KUALA LUMPUR : Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memuat naik 'Twitter Poll' berkaitan keputusan kerajaan Kelantan mengisytiharkan 9 Disember ini sebagai cuti peristiwa sempena penganjuran perhimpunan kesyukuran terhadap penolakan ICERD.

Berdasarkan undian tersebut, rata-rata netizen telah memilih untuk bersetuju dengan pengisytiharaan cuti peristiwa tersebut.

Keputusan yang diperoleh ini hasil daripada tinjauan di laman Twitter Syed Saddiq yang menunjukkan pilihan ‘ya’ memperoleh 63 peratus undian, jauh mengatasi pilihan ‘tidak’ yang hanya mendapat 37 peratus undian.

Undian maya itu melibatkan seramai 21,111 pengguna Twitter.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata cuti peristiwa ini bertujuan memberi peluang kepada rakyat negeri ini menghadiri perhimpunan tersebut yang bakal diadakan pada 8 Disember di ibu negara.

Sementara itu,  Timbalan Menteri Besar, yang juga Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menasihatkan penyokong parti itu yang hadir ke perhimpunan tersebut supaya menjaga tingkah laku, dan tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi yang mungkin timbul.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×