Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Isu PTPTN: Majikan tiada hak potong gaji peminjam - Kulasegaran

Recommended Posts

51535434081_kulasegaran.jpg
GEORGE TOWN: Majikan tidak berhak memotong secara terus pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kakitangannya tanpa mendapat persetujuan peminjam.

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata ini berikutan akta PTPTN sedia ada tidak membenarkan potongan terus itu dibuat oleh majikan tanpa kebenaran peminjam.

Tambahnya, arahan pemotongan terus oleh majikan ke atas peminjam itu boleh dibuat sekiranya akta PTPTN dipinda pada masa depan.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh menjawab mengenai perkara berhubung pindaan kerana ia bukan di bawah bidang kuasanya.

Sementara itu, ditanya mengenai keluhan peminjam ekoran arahan pembayaran itu yang disifatkan membebankan mereka, Kulasegaran berkata setiap pihak perlu memainkan peranan dalam kedudukan kewangan negara yang kritikal ketika ini.

Malah, katanya, barisan menteri termasuk beliau sendiri dipotong gaji sebanyak 10 peratus ekoran keadaan ekonomi sekarang.


Kulasegaran mengulas tentang perkra itu ketika ditanya media selepas menghadiri Forum Undang-Undang Pekerjaan 2018 di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Khamis.

Beliau mengulas mengenai tindakan PTPTN yang akan berhubung terus dengan majikan yang akan membuat bayaran pinjaman melalui potongan gaji bermula Januari 2019.

Semalam, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata pihaknya akan melaksana kaedah bayaran balik pinjaman secara potongan gaji berjadual (PGB) bermula Januari 2019 yang mampu memberi faedah lebih besar kepada peminjam berpendapatan rendah.

Menurut Wan Saiful, kaedah PGB itu akan dilaksana mengikut peratus potongan daripada gaji pe­minjam berbanding kaedah lama yang bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh bayaran balik.

Bagaimanapun Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia ( MTUC)  Datuk Abdul Halim Mansor berkata majikan tidak boleh membuat potongan gaji tanpa persetujuan pekerja.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×