Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Himpunan Ummah: 5,000 Pemuda UMNO, Jabatan Amal Pas bergabung, bantu PDRM

Recommended Posts

61544090443_TBPERHIMPUNANAGUNG.jpg
KUALA LUMPUR: Kira-kira 5,000 anggota Pemuda UMNO dan Jabatan Amal Pas akan bergandingan dan bekerjasama dengan pihak polis pada himpunan 'kesyukuran' penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada Sabtu.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar berhimpun dengan aman dan tidak mencetuskan sebarang unsur-unsur perkauman atau menyentuh sensitiviti mana-mana agama.

"Pemuda UMNO akan memastikan sebarang bentuk provokasi sama ada melalui perbuatan, poster, placard, laungan dan sorakan yang menyentuh isu-isu perkauman dan agama yang dilakukan oleh mana-mana individu akan segera diserahkan kepada pihak berkuasa.

"Pemuda UMNO juga mengharapkan kerjasama semua pihak agar mengambil gambar individu-individu yang tidak bertanggungjawab dan diserahkan kepada pihak keselamatan.

"Di samping itu, sentiasa jaga disiplin termasuk kebersihan dengan membawa beg-beg plastik hitam untuk membersihkan segala sampah sarap yang didapati sepanjang berarak dan berhimpun di Dataran Merdeka nanti," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Jelasnya, Himpunan Ummah pada Sabtu ini adalah solidariti rakyat yang bukan sahaja menolak ICERD tetapi membantah apa juga bentuk usaha untuk meruntuhkan keharmonian pelbagai agama dan kaum.

"Kita adalah rakyat Malaysia yang cintakan keamanan yang telah dibina berpaksikan Perlembagaan Persekutuan dan mengikut acuan kita sendiri.

"Justeru, Pemuda UMNO menyeru seluruh rakyat Malaysia bersolidariti dengan berpakaian putih selama sehari dan mengibarkan bendera Malaysia sebagai tanda kecintaan kepada keamanan dan keharmonian pelbagai agama dan kaum," katanya.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×