Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Kes rusuhan kuil: 21 lagi direman

Recommended Posts

41543284624_KUIL.jpg
PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan perintah reman selama dua hingga empat hari terhadap 21 lagi individu untuk membantu siasatan berhubung insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Isnin minggu lepas.

Majistret Nurshahirah Abd Salim mengeluarkan perintah reman itu bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Kanun Keseksaan mengikut Seksyen 435 (khianat dengan api), Seksyen 148 (merusuh), Seksyen 427 (melakukan khianat) dan Seksyen 447 (pencerobohan jenayah) dan Seksyen 506 (ugutan jenayah).

Dua hari lepas, empat lelaki termasuk seorang pegawai keselamatan syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd (One City) yang terbabit dalam insiden kekecohan di kuil itu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan merusuh dengan menggunakan senjata berbahaya.

Sementara itu, dua lagi lelaki yang terlibat dalam insiden sama masing-masing dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan didenda RM5,000 atas tiga pertuduhan gagal mematuhi arahan bersurai, mengabaikan perintah polis yang menyelia lalu lintas di sekitar kawasan kuil berkenaan serta gagal mengemukakan kad pengenalan diri.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×