Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Sapura Energy terima kontrak RM3 bilion

Recommended Posts

41544082389_EASTPIATU.jpg
KUALA LUMPUR: Syarikat Sapura Energy Berhad dianugerahkan kontrak bernilai RM3 bilion oleh Oil and Natural Gas Corporation (ONGC) di India.

Kontrak tersebut dianugerahkan kepada Sapura dan rakan konsortiumnya melibatkan Sapura Fabrication Sdn. Bhd. dan Afcons Infrastructure Limited.

Mengumumkan perkara tersebut  syarikat berkenaan berkata, kontrak yang dianugerahkan itu melibatkan kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan, pemasangan dan pentauliahan (EPCIC) bagi Platform Pemprosesan Pusat (CPP) serta pembinaan kuarters pelantar.

Projek itu terletak di dua blok luar pesisir Godavaru Delta Pantai Timur India melibatkan keluasan kawasan 7,295 kilometer.

Sapura Fabrication mempunyai pegangan 48.3 peratus dalam konsortium sekali gus diterjemah kepada nilai kontrak bernilai RM1.47 bilion.

“Kontrak baharu itu akan meningkatkan kehadiran syarikat dalam pasaran pesat membangun dan Sapura Energy komited untuk terus menyumbang kepada industri minyak di India," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×