Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Dakwa Suhakam cetus provokasi: 'Ini politik 'acaq!' Razali

Recommended Posts

41544085735_RazaliIsmail.jpg
KUALA LUMPUR: Tidak adil untuk sesetengah pihak mendakwa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia sengaja mencetuskan provokasi susulan penganjuran sambutan Hari Hak Asasi Manusia.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail menegaskan, pihaknya telah berbincang dengan Jabatan Perdana Menteri sejak September lalu.

"Tarikh tidak boleh ditukar kerana ia perlu dilakukan pada Disember. 10 Disember merupakan sambutan peringkat antarabangsa.

"Kami telah berbincang dengan Pejabat PM seawal September dan pada 14 September, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi indikasi untuk melaksanakannya pada 8 Disember," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini pada Khamis.

Mengulas berkenaan tuduhan provokasi yang dibuat sesetengah pihak, beliau berkata ia merupakan satu kenyataan yang 'nakal'.

"Bodoh la buat tuduhan sebegitu. Saya tak kisah menyatakan ia bodoh, atau pun ia 'nakal' (mischievous).

"Orang kata kita nak buat program tersebut untuk menentang perhimpunan anti-ICERD, semua tuduhan itu orang Kedah cakap 'ayaq acaq punya politik'.

"Mereka tidak tahu perbezaan perhimpunan jalanan dan bukan perhimpunan. Ini adalah majlis dan bukan perhimpunan untuk berjalan menentang sesuatu perkara," katanya lagi.

Beliau yang menyokong perhimpunan anti-ICERD itu berkata menjadi hak kepada rakyat sesebuah negara untuk melakukan perhimpunan untuk menyatakan pendirian mereka.

Memetik sebuah laporan portal akhbar tempatan, seorang ahli akademik menyifatkan penganjuran sambutan Hari Hak Asasi Manusia oleh Suhakam merupakan tindakan provokasi terhadap perhimpunan kesyukuran anti ICERD. 



Nota: 'Acaq' bermaksud air lumpur - yang kotor, selut; merupakan loghat rakyat negeri Kedah. 

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×