Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Tak perlu hadir perhimpunan ICERD - Anwar Ibrahim

Recommended Posts

51544086112_AnwarIbrahim.jpg
KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak pelawaan menghadiri Perhimpunan Perhapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada Sabtu ini sekali gus menegaskan pendiriannya berhubung itu adalah jelas.

Anwar berkata, beliau menyokong keputusan Putrajaya membatalkan ratifikasi ICERD dan diterjemahkannya dengan membawa usul berkenaan di Parlimen.

"Saya baca liputan media dan (cukuplah) saya bawa usul ke sini. Pendirian saya cukup jelas dalam soal ICERD, kita menyokong pendirian kabinet.

"Ia cukup kuat (usul) jadi saya tak perlu hadir," katanya di Lobi Parlimen hari ini.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas pelawaan penganjur perhimpunan ICERD kepada beliau.

Beliau turut memberitahu, usul yang dibawa ke Parlimen sudah cukup kuat dan akan meredakan keresahan masyarakat berhubung isu tersebut.

Usulnya itu akan dibahas oleh beberapa ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang seperti veteran DAP, Lim Kit Siang, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Usul Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff di bawah Peraturan Mesyuarat 18  yang menyatakan tidak ada keperluan segera isu itu dibahaskan.

Walau begitu, Speaker membenarkan Anwar untuk menjelaskan tujuan usul itu dibahas dalam Dewan Rakyat.

Sementara itu, ditanya mengenai apakah cabaran paling besar yang perlu dihadapi negara pada tahun
2019 pula, Anwar berkata, negara sebetulnya sedang berdepan dengan cabaran ekonomi.

"Cabarannya adalah ekonomi, walau kita nampak isu yang sering ditekankan ialah isu perpaduan tapi bagi saya tetap adalah ekonomi," kata Anwar lagi.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×