Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
Sharp Shooter

Skuad Belida Kota

Recommended Posts

01.jpeg

Belida bintik yang cantik dan penuh dengan misteri sememangnya tarikan kepada caster-caster tegar.

Ikan Belida Bintik dengan nama saintifik Notopetrus Chitala merupakan ikan pemangsa yang banyak mendiami sungai-sungai di Sarawak, terutamanya Sungai Sarawak yang mengalir melalui bandar Kuching. Di kuching belida bintik agak jarang dinaikkan dengan teknik mengilat atau casting biarpun ramai caster telah cuba sedaya upaya untuk menjeratnya dengan gewang yang beranika ragam. Melainkan jika kita memahami sifat anihnya.

Teks & Fotografi: Abdul Rahim

Pada hakikatnya untuk memancing featherback yang lemah lembut ini memerlukan kesabaran bertahap maksimum. Ini adalah disebabkan spesies yang bersifat pasif ini sebenarnya ikan nocturnal yang hanya aktif mencari makanan menjelang waktu malam sahaja atau selepas hujan lebat. Perangainya beza sekali dengan ikan pemangsa yang lain seperti toman dan sebarau.

Set yang saya gunakan untuk menduga sang belida terdiri dari joran casting berkelas 8-14lb dengan tali utama 20lb dan perambut 30lb. Set ini bukan sahaja disediakan untuk belida, ianya juga mampu menentang toman samseng yang berkeliaran di sepanjang sungai ini.

Udang Plastik Killer

Saya memilih gewang soft plastik Zerek Hot Legs yang berupa udang untuk memikat ikan belida kerana diet ikan belida di sini adalah udang dan anak-anak ikan. Cara persembahannya ialah lontar udang plastik ke arah belida bermain dan biarkannya tenggelam sehingga ke dasar. Kemudian karaulah secara perlahan-lahan supaya udang plastik kekal bergerak berhampiran dasar.

02.jpeg

Penampilan secara senyap apabila mendekati lubuk belida bintik amat penting untuk meraih kejayaan.

Bagi pemancing yang biasa dengan teknik casting untuk menjerat ikan sasaran yang lain, sudah pasti kurang kesabaran dengan persembahan yang amat perlahan ini. Namun jika berjaya mendapat lesen belida, pasti akan memperolehi keyakinan dan terus mencuba untuk mendapatkan spesimen yang lebih besar.

Sediakan Lure Retriever

Belida merupakan ikan demersal yang gemar bermastautin di dasar sungai. Namun ia hanya terdapat di sesetengah tempat tertentu sahaja di sepanjang Sungai Sarawak ini. Kawasan kediaman ikan belida ini selalunya terdapat reba yang tersembunyi di dasar sungai yang dipanggil Bangalow atau Bangkar oleh pemancing tempatan yang mensasarkan spesies ini. Struktur yang penuh dengan halangan ini sentaisa menyebabkan gewang tersangkut justeru perlu menyediakan lure retriever apabila menggewang di kawasan ini.

Belida bintik Sungai Sarawak didapati lebih aktif selepas hujan. Pada masa itu potensi untuk mendapatkan strike agak tinggi. Ini kerana belida bintik gemar timbul di permuakan air secara beramai-ramai selepas hujan lebat. Sepanjang pengalaman saya dengan spesies elusive ini, ia memang jarang mengecewakan pemancing selepas hujan.

03.jpg

Gewang akan ditelan ke dalam mulutnya apabila mereka mengamuk.

Ikan dengan Reverse Gear

Untuk pengatahuan kaki pancing, ikan belida ini satu-satunya ikan yang mempunyai gear reverse. Jika anda ingin menaikkan ikan ini dengan sauk, kenalah sauk dari arah ekornya. Agak sukar untuk menyauknya dari kepala lantaran ia akan berundur untuk mengelakkan sauk.

04.jpeg

Mulut belida sebenarnya amat besar justeru jangan takut untuk mencuba gewang bersaiz besar.

05.jpg

Di bandar Kuching juga terdapat lubuk belida landbased.

Kepuasan apabila bermain dengan ikan berbadan leper ini agak berlainan dengan ikan yang lain. Ia tidak mempunyai daya rintangan yang kuat seperti toman. Namun ia adalah spesies yang pandai melompat seperti siakap dan ikan bukan. Kadang-kadang gewang akan tercabut dalam proses lompatannya yang mengagumkan.

Sudah dapat lesen beilda bintik kah belum? Cepat-cepat bergerak ke sarangnya selepas hujan lebat ya.

Selamat mencuba!

06.jpg

Awal pagi juga masa terbaik untuk menyerang hendap spesies lemah-lembut ini.

Lihat selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×