Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
Sharp Shooter

Slow Jig Tenggiri Tawau

Recommended Posts

01.jpg

Master Lin berjaya memenangi hati tenggiri melalui kombinasi persembahan laju dan perlahan slow jignya.

Spesies ikan di Tawau sememangnya kompleks. Kerapu hijau dan Ruby Snapper dapat dipancing di spot yang dipisahkan hanya puluhan meter sahaja. Tenggiri Tawau pula pelik sikapnya. Mereka kurang berminat dengan jig yang dikarau laju malah kecundang kepada aksi tenggelam jig perlahan yang kelihatan seperti anak ikan yang tercedera…

02.jpg

Alangkah permainya homestay di Tawau ini!

Teks & Fotografi: Pak Wong

Saya pernah bertandang ke Tawau pada satu ketika dahulu untuk memancing tembaring yang lebih dikenali dengan sebutan “Kanai” di sana. Pada masa itu kanai baru sahaja ditemui pemancing tanahair. Tempat paling awal kanai ditemui ialah di Sungai Kinabatangan berdekatan Lahad Datu. Tidak berapa lama kemudian ianya juga dijumpai di sistem Sungai Kalumpang, Tawau. Saya berkesempatan menjejaki kanai Kalumpang atas bantuan seorang pemancing tempatan. Sayangnya kanai tidak berjaya ditemui malah seekor siakap bagak seberat 15 kilogram pula kecundang dengan teknik tundaan gewang. Satu lagi kejadian yang diingati sehingga sekarang ialah sebatang joran G.Loomis kesayangan saya telah jatuh ke dalam sungai dalam trip tersebut.

03-1.jpg

Kantin homestay dengan pemandangan dan air cond semulajadi!

04.jpg

Mahligai memancing Sabah? Terpulang kepada kesabaran anda agaknya.

Begitulah sedikit sebanyak memori saya terhadap Tawau. Kini saya lebih tumpu kepada teknik jigging ringan dan teringin pula mencubanya di perairan Sabah pula. Secara kebetulan saya telah berkenalan dengan seorang jigger tegar tempatan yang bernama Idrus Rusli menerusi Facebook. Master Lin selaku rakan memancing lama saya juga berhasrat mencari lubuk untuk menguji set jigging perlahan ringannya. Akhirnya trip Tawau sepanjang 4 hari telah ditetapkan dalam masa yang singkat.

 Homestay 5 Bintang

Sepanjang kerjaya saya sebagai seorang wartawan memancing, saya telah berpeluang bertandang ke banyak padang pancing di negeri Sabah. Selain lubuk kanai di Lahad Datu dan Tawau, saya juga pernah memancing di Kota Kinabalu, Tambisan, Sandakan, Kudat dan Semporna. Namun belum pernah saya memancing di laut Tawau. Tawau amat berdekatan dengan Kalimantan, Indonesia. Lautan di sini bernama Celebes Sea dengan perbezaan kedalaman yang ketara, sememangnya sebuah lubuk yang harus dicuba oleh kaki jigging.

05-1.jpg

Semua bot pancing di Indrasabah diturunkan ke laut melalui boat ramp ini.

Perkara yang paling mengujakan apabila sampai ke Tawau ialah dapat tinggal di homestay yang amat memuaskan! Bungalow satu tingkat ini terletak di kawasan bukit Kampung Cocos Balung dengan udara yang sejuk nyaman dan kawasan sekeliling yang indah permai. Di sebelah rumah juga tersedia kantin terbuka untuk pemancing berborak sambil rehat pada waktu malam. Selain sarapan pagi dan juga masakan tengahari yang dibungkus untuk dibawa ke atas bot, tukang masak homestay juga dapat menyediakan ikan yang dipancing buat hidangan malam dan masakannya pula cukup sedap!

06-1.jpg

Tangga jeti yang disaluti tayar terpakai. Idea bernas!

Kami memancing selama dua hari di sini dengan menggunakan bot yang berlainan. Setelah sekian lama saya tidak memancing di Tawau, didapati industri memancing di sini telah berkembang dengan pesatnya. Di sini terdapat sebuah pusat memancing yang bernama Inderasabah. Hampir semua bot pancing Tawau disimpan di sini. Di kawasan muara Inderasabah juga tersedia rumah rakit untuk aktiviti memancing dan restoran ikan bakar.

07.jpg

Kalau tak athan mabuk bolehlah memancing di sini!

Langkah Kiri Hari Pertama

Tawau agak berdekatan dengan Semporna yang merupakan tempat peranginan tersohor di Sabah. Seperti Sandakan, Semporna juga amat berdekatan dengan Filipina dan masing-masing pernah berlaku kes penculikan. Tawau yang lebih jauh dari Filipina dan berkongsi sempadan dengan Indonesia terbukti lebih selamat, justeru sukan memancing lautnya dapat berkembang dengan pesatnya.

Cuaca kelihatan baik sepanjang kami berada di Tawau. Namun nasib kami kurang baik apabila memancing di perairan Tawau. Bot hari pertama yang dipandu oleh Romi merupakan sebuah bot fiber bersaiz kecil sepanjang 25 kaki dengan satu injin sangkut 150 kuda. Apabila sampainya waktu tengahari, injinnya tidak dapat didihupkan lantaran masalah bateri. Masalah menjadi lebih rumit lantaran bot berada di luar kawasan liputan talian.  Nasib baik injin berjaya didihupkan semula setelah dibaiki namun terpaksa membiarkannya didup sepanjang masa lantaran mengkhuatiri ia akan buat hal lagi. Maklumlah keputusan kurang memuaskan kerana kami hanya berani memancing di spot-spot yang berdekatan dengan daratan sahaja.

08.jpg

Fasiliti menangkap ikan simple yang banyak terdapat di perairan Tawau. Banyak yang telah menjadi tukun.

Kecoh di Pulau Buatan

Tawau mempunyai perairan yang agak unik. Disebabkan sempadan perairan Indonesia amat berdekatan, bot pancing Tawau mungkin akan memasuki perairan Indoneisa secara tidak sengaja. Perbezaan kedalamannya pun agak ketara. Baru sahaja memancing di kedalaman 50 meter, ke hadapan sedikit kedalaman sudah menjadi 100 meter lebih. Justeru kami telah menyediakan set jigging perlahan yang lebih berat selain set jigging ringan untuk menangani kedalaman dan ikan sasaran yang berlainan.

Idrus Rusli selaku guide kami di Tawau telah menyediakan sebuah bot fiber canggih pada keesokan harinya. Bot yang bernama Dolphin ini dikuasai 2 unit injin sangkut 200 kuda. Selain kelajuan yang menakjubkan, ianya juga amat stabil berbanding bot fiber lain yang pernah saya naiki. Setelah kurang mendapat hasil di sebuah terumbu karang yang luas, kapten memutuskan untuk membawa kami ke spot kegemarannya berhampiran Pulau Buatan.

09.jpg

Spesies trevally yang dipanggil Karian (Caranx tille) banyak terdapat di perairan Tawau.

Perairan yang agak cetek ini seakan lagun di pulau cincin. Fenomena boiling yang menghasilkan adrenaline rush skepada pemancing entiasa berlaku di sini. Menurut Idrus, ikan kecil yang dibelasah ikan pemangsa itu biasanya ikan bilis yang banyak terdapat di perairan Tawau. Selepas pukul 4 apabila matahari menjadi kurang terik, pancingan pun mulai memasuki peringkat hangat.

Tenggiri Anih

Jig seberat 40 gram sudah memadai untuk dimainkan di perairan yang cetek dan kurang berarus ini. Master Lin yang menumpu kepada slow pitch jigging juga hanya menggunakan jig seberat 60 gram sahaja. Jig perlahan didapati lebih menjadi berbanding jig ringan untuk menjerat gerembolan tenggiri juvenil di kawasan boiling ini. Tenggiri Tawau seakan kurang menaruh minat kepada jig ringan yang dikarau laju. Anih!

10.jpg

Satu-satunya kerapu bara yang dinaikkan Idrus dengan jig 100 gram.

Kaedah yang terbukti amat berkesan buat jig perlahan untuk menggoda tenggiri adalah seperti berikut: Karau tanpa henti sebanyak 6 hingga 10 putaran apabila jig mencapai dasar. Bilangan putaran bergantung kepada kedalaman air, semakin dalam semakin banyaklah putaran. Kemudian henjut joran secara perlahan-lahan sebanyak 3 atau 4 kali tanpa mengarau tali. Ulangi langkah yang sama jika tiada sambutan. Tujuan mengarau jig dengan laju adalah untuk menggoda tenggiri mengejar jig. Manakala henjutan perlahan yang berikutan pula memujuk tenggiri untuk mambaham jig.

11.jpg

Kerapu hijau besar yang dijerat Chang Chee Soon menyerlahkan keberkesanan UL yang luarbiasa.

Saya cuba meniru persembahan jig perlahan dengan jig ringan saya namun tidak berjaya mendapat sebarang sambaran. Menurut anggaran saya tenggiri sebenarnya kecundang kepada aksi tenggelam jig perlahan yang unik. Aksi seperti ini memang tidak dapat ditiru dengan jig biasa.

12.jpg

Spot sedalam 27 meter ini sentiasa menceriakan pelawatnya dengan ikan-ikan terhandal di luar dugaan.

Ekspedisi Tawau sekali lagi telah membuktikan bahawa, pancingan di laut cetek semakin merosot  samada di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak. Tidak hairanlah semakin ramai pemancing Tawau telah bertukar kepada laut dalam untuk menjerat Amberjack dan Ruby Snapper dengan set slow jigging pula!

13.jpg

Hanya jig perlahan sahaja yang berjaya memikat tenggiri di sini. Renungkanlah!

14.jpg

Master Lin tetap menaikkan tenggiri biarpun ketika ikan merajuk.

15.jpg

Gerong bagak ini memaksa Chang Chee Soon kerja overtime dengan set ULnya.

16.jpg

Percaya atau tidak, pekerja homestaylah yang menyediakan sajian kerapu yang kelihatan seperti menu hotel 5 bintang ini!

Lihat selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×