Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
Guest

Asrama Anjung Kasih Di Hospital Serdang, Selangor

Recommended Posts

Guest

Asrama Anjung Kasih Di Hospital Serdang, Selangor boleh menempatkan ramai orang yang hadir untuk menziarahi pesakit dari luar negeri Selangor dan dijadikan tempat penginapan sementara yang disediakan oleh pihak Hospital Serdang. Telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail pada 28hb.September 2018, dan kami berasa teruja selepas beberapa hari dirasmikan kami adalah pengunjung terawal yang menginap di asrama ini selama lebih 7 hari untuk menemani anak yang bakal menjalani pembedahan jantung.

1038354985_AsramaAnjungKasihHospitalSerdang.thumb.png.993b8e4566cd750440e6cc9baae18fb2.png

Anjung kasih, mempunyai banyak kelebihan dan dipisahkan kepada 2 bahagian iaitu Asrama Wanita, dan Asrama Lelaki. Diantara kelebihan asrama yang disediakan oleh pihak hospital Serdang ialah seperti berikut :

Kelebihan Asrama Anjung Kasih Hospital Serdang :

  1. Katil bertingkat (double decker bed)
  2. Penyaman udara
  3. Ruang simpanan barangan peribadi (locker)
  4. Surau
  5. Ruang bilik mandi yang selesa
  6. Ruang makan
  7. Meja makan
  8. Microwave
  9. Peti ais
  10. Mesin basuh
  11. Mesin pengering pakaian
  12. Ruangan Ampaian
  13. Ruangan menonton TV dan santai

Juga dilengkapi dengan seorang pengawal di hadapan kawasan asrama yang menjadikan kita berasa lebih selesa dan selamat.

Mengenai Bayaran Asrama Anjung Kasih:

Buat masa ini, kami menginap di asrama Hospital Serdang pada awal bulan Oktober 2018, masih belum dikenakan sebarang bentuk bayaran kerana asrama baru sahaja siap, di masa akan datang kami tidak pasti akan caj sewaan yang akan dikenakan oleh pihak Hospital Serdang.

 

Terima kasih kepada pihak Hospital Serdang kerana menyediakan fasiliti yang dapat menyenangkan kami yang hadir dari jauh dengan pelbagai akses serta kelengkapan seperti asrama Anjung Kasih tersebut.

asrama hospital serdang anjung kasih 2.jpg

asrama hospital serdang anjung kasih 3.jpg

asrama hospital serdang anjung kasih 4.jpg

asrama hospital serdang anjung kasih 5.jpg

asrama hospital serdang anjung kasih 6.jpg

asrama hospital serdang anjung kasih 7.jpg

asrama hospital serdang anjung kasih 8.jpg

asrama hospital serdang anjung kasih 9.jpg

asrama hospital serdang anjung kasih.jpg

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...