Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
Sharp Shooter

Jigging Perlahan Ala Pulau Pinang

Recommended Posts

01-3.jpg

Ikan merah besar masih dapat ditemui di perairan Pulau Pinang jika anda bernasib baik.

Pulau Pinang adalah tempat saya membesar dan juga tempat lahirnya teknik jigging di Malaysia. Namun saya jarang memancing di sini. Justeru saya memutuskan untuk melaksanakan trip “Balik Kampung” pada tahun 2018 dan bertandang ke Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dengan tujuan untuk mengorek lubuk-lubuk yang tersembunyi di perairan ini.

Teks & Fotografi: Pak Wong

Li Zhe, seorang murid dari Negara Cina yang menuntut di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang merupakan seorang pemancing tegar sejak kecil lagi. Dua tahun dahulu apabila saya mempromosi teknik jigging perlahan, beliau telah menyertai trip Kepulauan Spratly saya. Setelah berkenalan dengan beliau yang arif dengan pancingan di sekeliling Pulau Pinang, barulah saya berpeluang menceburi lubuk-lubuk di sebelah utara Semenanjung.

02-3.jpg

Boron bersaiz sederhana yang dinaikkan di sebuah spot baru.

Setelah beberapa trip ke Pulau Pinang, termasuk trip Nibong Tebal yang berlangsung pada awal tahun 2018, saya mulai memahami sedikit sebanyak terhadap aliran pancingan di sana. Sebenarnya pada waktu dahulu saya juga pernah memancing di Pulau Pinang. Pembaca yang lebih senior pasti masih mengingati bahawa perfileman episod pertama “Ikan Terhandal Malaysia” memang mengambil tempat di lubuk kapal karam Russian Pecah Pulau Pinang. Namun setelah trip tersebut saya pun jarang bertandang ke Pulau Pinang dan juga lubuk-lubuk lain yang terletak di sebelah utara Semenanjung lantaran teknik jigging kurang mendapat sambutan di sana.

Sehinggalah teknik jigging perlahan menjadi popular sejak 3 tahun yang lalu, barulah pemancing Pulau Pinang menaruh minat terhadap teknik yang amat berkesan buat spesies kerapu dan jenahak ini. Tekong-tekong di sana pun telah menguasai teknik menghanyutkan bot. Salah seorang daripanya ialah Kapten Joe yang bertapak di Bayan Lepas.

03-3.jpg

Kapten Joe sentiasa pergi mencari lubuk baru bagi menampung permintaan pelanggannya.

Slow Jig Di Tengah Ribut

Trip jigging perlahan pertama saya di pulau Pinang berlangsung pada Jun 2018. Namun nasib tidak menyebelahi saya kerana hampir setiap trip saya ke Pulau Pinang mengalami cuaca buruk.

Trip pertama bersama Kapten joe berlangsung pada 9hb Jun dengan keadaan laut yang agak tenang. Trip kedua yang berlangsung 8 hari kemudian pula dilanda ribut apabila bot Kapten Joe baru sahaja keluar dari kuala. Terpaksalah berteduh di sebalik pulau dan menunggu selama dua jam. Trip ketiga yang berlangsung pada 22hb Ogos cuaca kelihatan bagus namun dengan cepatnya bertukar buruk setelah kami berjaya menaikkan dua ekor kerapu dan seekor tenggiri. Angin barat laut telah menghasilkan ombak setinggi 3 hingga 4 meter memaksa kami pulang ke daratan.

04-3.jpg

Ikan merah besar bukan sahaja sedap dimakan, daya rintangannya juga mengagumkan!

Biarpun cuaca buruk namun setiap trip telah menghasilkan keputusan yang memuaskan, termasuklah ikan merah besar yang agak sukar dipancing dengan jig di perairan Selat Melaka.

Seperti lokasi-lokasi lain di Selat Melaka, kita harus memilih tarikh yang sesuai sebelum bertandang ke Pulau Piang, khasnya jika ingin mempraktikkan teknik jigging perlahan. Pilihlah tarikh yang berarus lembut supaya dapat menggunakan jig yang lebih ringan.

Di perairan dengan kedalaman 40 hingga 60 meter, keberatan jig paling biasa digunakan ialah 200 atau 250 gram. Memandangkan air tidak berapa dalam, pemancing tempatan masing-masing suka menggunakan kekili menegak saiz 1500 atau 2025 dengan tali utama dan perambut berkekuatan 30 hingga 40 paun. Kekuatan tali ditingkatkan apabila memancing di lokasi yang dipenuhi halangan seperti kapal karam dan kawasan yang berterumbu tinggi.

05-3.jpg

Tindakbalas yang cepat adalah syarat terpenting apabila menangani boron.

Rahsia jigging Pulau Pinang

Setiap jigger yang bertandang ke Selat Melaka pasti menganggapkan kerapu hijau dan jenahak sebagai ikan sasaran utama. Pada hakikatnya kuantiti kerapu dan jenahak di sini memang setanding lubuk-lubuk tersohor yang lain. Saiznya pun boleh tahan besar.

Berikut adalah sedikit pedoman dalam segi kaedah memancing untuk jigger yang berminat.

06-3.jpg

Kerapu hijau ini membaham jig sebelum saya sempat memasang kamera!

Apabila menganggapkan spesies demersal sebagai ikan sasaran utama, jig kita harus berada di lapisan air tidak melebihi satu meter dari dasar. Apabila bot hanyut dengan laju disebabkan angin kencang, kita memang tidak perlu mengarau tali apabila jig mencapai dasar. Asalkan menggoyang-goyang joran sudah memadai. Apabila sahabat anda kerap menaikkan ikan namun anda masih kumpaw, sudah pasti jig anda berada terlalu jauh dari dasar!

Jika jenahak adalah sasaran anda maka menghenjutkan jig setinggi 3 meter dari dasar pun boleh dikira cara yang munasanah lantaran jenahak sememangnya spesies yang lebih agresif.

07-3.jpg

Kerapu berbintik merah ini agak biasa dijumpai di perairan Pulau Pianng.

Pentingnya Bentuk Jig

Jika anda mensasarkan boron atau ikan merah, janganlah memilih bentuk jig yang terlalu perlahan kadar tenggelamnya. Bentuk jig yang bersifat perlahan sewaktu tenggelam merujuk kepada reka bentuk yang terlalu leper dan mementingkan aksi yang lebih menggoda sewaktu tenggelam. Jig sepeti ini memang lebih menarik perhatian ikan namun rintangannya terhadap air juga tinggi. Biarpun anda tidak mengarau tali apabila jig mencapai dasar, jig seperti ini juga mudah melayang dari dasar.

08-3.jpg

Nasib menyebelahi saya apabila kedua-dua trip juga berjaya menaikkan ikan merah bagak.

Jig yang sesuai untuk tugas ini ialah jig yang pusat gravitinya berada di tengah. Bentuk jig ini biasanya lebih bulat dan hanya mempamirkan sedikit aksi sewaktu tenggelam. Justeru dapat sampai ke dasar dengan cepatnya. Ini merupakan satu kelebihan apabila memancing di spot yang kecil dan berair dalam. Jig seperti ini dapat duduk lebih lama di dasar lantaran rintangan air yang lebih rendah dan amat berkesan apabila angin kencang atau arus deras.

Sudah menjadi satu fenomena biasa apabila pemancing kita asyik menyalahkan bot komersil menghabiskan stok ikan. Namun menurut informasi yang diperolehi dari pemancing tempatan, didapati bahawa perairan Pulau Pinang sebenarnya masih mengekalkan sumber yang agak memuaskan khasnya populasi boron yang kurang hebat berbanding perairan Pulau Jarak. Moga dapat membuktikan anggaran ini bila cuaca bertambah baik nanti!

09-2.jpg

Rapala Joe yang berasal dari Nibong Tebal kerap bertandang ke Pulau Pinang untuk menjerat ikan impiannya.

Kapten Joe Pulau Pinang012-556 5005

Lihat selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×