Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
Sharp Shooter

Kubu Bara Karang Luas

Recommended Posts

01.jpg

Ah Long telah membawa kami ke mahligai kerapu bara pada hari kedua kami berada di Pekan.

Lebih 20 tahun dahulu apabila saya mula-mula menceburi bidang majalah memancing, Kuala Rompin telah menjadi lubuk pilihan pancingan laut pertama saya di Pantai Timur Semenanjung, diikuti dengan Merchong, Nenasi, Pekan, Kuantan, Sedili, Penyabong, Mersing dan port-port yang lain di sepanjang Pantai Timur. Di antaranya Pekanlah yang paling diingati lantaran penemuan spesies EBEK KAPAK, ikan terhandal laut cetek,  yang kemudiannya menjadikan Pekan sebagai tempat permulaan teknik jigging ringan. Satu lagi kelebihan Pekan ialah KARANG LUAS, terumbu karang terbesar di Pantai Timur juga boleh diakses dari sini!

Teks & Fotografi: Pak Wong

Ratusan pelampung bubu berwarna putih yang bersepar di sekitar perairannya telah menjadi mercu tanda Karang Luas pada masa dahulu apabila saya mula-mula bertandang ke sana. Lantaran lokasinya yang amat jauh dari daratan ditambah pula hanya bubu yang dapat digunakan di sini untuk menangkap ikan, terumbu mega ini masih mampu mengekalkan pupulasi hidupan laut yang agak memuaskan sehingga sekarang.

02.jpg

Tiga buah bot pancing dari keluarga Ikan Masin. Yang di tengah bot Ah Long.

Struktur Karang Luas juga agak istimewa. Kawasan paling dalam di sini mencapai 35 meter manakala kawasan paling cetek hanya 8 meter sahaja sehingga membentuk jenuram seperti yang terdapat di pulau cincin. Kawasan cetek ini berkedalaman dari 8 hingga 20 meter dengan keluasan satu kilometer. Ianya menyerupai lagun yang biasa terdapat di pulau cincin dengan kemunculan banyak gerembolan ikan kecil. Apabila keadaan laut menjadi tenang, anda akan dapat menyaksikan boiling ikan-ikan pemangsa seperti GT, tenggiri, alu-alu dan talang apabila mereka membaham gerembolan ikan kecil.

Kubu Kerapu Bara

Namun ikan-ikan pemangsa yang bersaiz besar ini bukanlah spesies kegemaran pemancing. Mereka lebih berminat terhadap kerapu bara yang mendiami terumbu karang. Pada satu ketika dahulu jigging kerapu bara di Karang Luas telah menjadi aktiviti paling digemari jigger dari merata tempat dan banyak kerapu bara bersaiz 2 hingga 3 kilogram telah berjaya dinaikkan.

03.jpg

Ong Chong Buan dari Pulau Pinang amat kagum dengan keputusan jigging di Karang Luas.

Sehingga hari ini adakah lagi kerapu bara di Karang Luas? Pada pertengahan bulan Ogos saya telah berpindah ke Pekan apabila trip jigging di Indonesia dibatalkan atas sebab cuaca yang kurang memuaskan. Hari pertama kami hanya dapat mancandat sotong di perairan yang berdekatan memandangkan angin juga amat kencang di sini. Misi jigging kerapu bara akhirnya dapat dilaksanakan apabila angin mula menjadi lembut pada hari kedua.

Keluarga Pemandu Pancing

Kapten trip kerapu bara ialah Ah long, anak lelaki kedua kepada Encik Tay yang lebih dikenali dengan jolokan Ikan Masin. Di Pekan, keluarga yang mengusahakan bot pancing rekreasi ini memang dikenali ramai. Pekan telah menjadi hotspot jigging semenjak episod keenam “Ikan Terhandal Malaysia” dikeluarkan. Apabila keperluan bot pancing semakin bertambah, Ikan Masin telah memutuskan untuk menceburi bidang ini pada tahun 2006. Kini ketiga-tiga orang anaknya telah mengikut jejak ayah mereka menjadi pemandu pancing paling muda di negara ini.

04.jpg

Dikatakan spesies berbintik biru ini lebih sedap berbanding bara biasa.

Dari Tekong ke Pemandu Pancing

Individu yang memberikan perkhidmatan bot pancing biasanya dipanggil tekong lantaran misi mereka hanya terhad kepada membawa pemancing ke lubuk ikan. Paling banyak pun hanya menolong pemancing menaikkan ikan dan membuang mata kail dari mulut ikan. Namun berikutan perkembangan sosial dan ekonomi, permintaan pemancing terhadap perkhidmatan tekong turut meningkat. Ramai pemancing generasi baru lebih berminat terhadap pancingan umpan palsu. Justeru tekong juga harus mempelajari teknik jigging, popping dan sinking minnow bagi menampung keperluan pelanggan mereka.

Andainya apabila jigging secara menghanyutkan bot, tekong harus pandai mengenal-pasti laluan hanyutan bot berpandukan GPS, sonar, arah angin meniup dan juga arah aliran arus. Apabila membaling sinking minnow, mereka juga harus mengelakkan lokasi yang dipenuhi halangan bagi mengurangkan kes gewang tersangkut.

05.jpg

Kerapu bara Double Strike. Fenomena yang jarang berlaku pada dinihari.

Apabila seseorang tekong telah menemui syarat-syarat tersebut, barulah beliau layak digelar kapten atau pemandu pancing. Ini bukanlah perkara yang sukar dikecapai memandangkan tekong banyak menghabiskan masa di laut dan sentiasa berpeluang mempelajari teknik-teknik moden dari pelanggan mereka.

Saya terasa amat berbesar hati kerana kini kebanyakan pengusaha bot pancing telah memperolehi pengetahuan memancing yang lengkap tidak kira pancingan dasar mahupun umpan tiruan. Perbezaannya hanya bergantung kepada kualiti perkhidmatan sahaja. Cuma satu perkara sahaja yang belum dapat menemui piawai profesional yang tulin iaitu pemandu pancing dan pembantunya sendiri juga turut pancing bersama setiap kali turun pancing bersama pelanggannya, hahaha!

06.jpg

Saiz purata kerapu bara di sini lebih besar lagi berbanding lubuk bara yang lain.

Tiada Lagi Ugutan Bubu

Bubu di Karang Luas telah banyak berkurangan berbanding dahulu. Hakikatnya banyak kes mencuri ikan bubu berlaku dan kedudukan Karang Luas pula terlalu jauh untuk nelayan memantaunya setiap masa. Justeru banyak pengusaha bubu tidak lagi memasang bubu di sini. Jika ingin juga memasang bubu mereka akan menggunakan GPS dan bukannya pelampung untuk merekodkan lokasi bubu mereka.

Dalam pada itu, hidupan-hidupan di Karang Laut akhirnya bebas dari ugutan bubu dan kawasan ini dapat mengekalkan kedudukannya sebagai mahligai memancing terbaik di sepanjang Pantai Timur Semenanjung. Selain kerapu bara dan tenggiri, teknik popping GT juga sentiasa membuahkan hasil yang lumayan. Selain pelantar minyak yang jauh, Karang Luas memang layak dinobatkan lubuk popping GT legal yang paling mudah diakses di Pantai Timur. Ramai pemancing dari luar negeri bertandang ke sini semata-mata untuk mencari GT terbesar peribadi.

07.jpg

Apa sudah terjadi agaknya?

08.jpg

Tenggiri mata besar yang agak biasa dijumpai di Karang Luas.

Kami hanya dapat mensasarkan kerapau bara atas batasan angin dan ombak sewaktu berada di Karang Luas. Ah Long dan abangnya telah menjumpai sebuah lokasi kerapu bara yang amat berpotensi. Kawasan yang agak luas ini mempunyai terumbu karang yang tidak begitu lebat dan tinggi, cuma belasan jig sahaja dikorbankan setelah berjaya menaikkan 10 ekor kerapu bara. Kira berbaloilah, hahaha!

Pemandu pancing Karang Luas
Ah Long 019-938 3404

Lihat selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×