Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...

Search the Community

Showing results for tags 'resepi'.



More search options

  • Search By Tags

    Type tags separated by commas.
  • Search By Author

Content Type


Forums

  • PORTAL USAHAWAN MALAYSIA
    • Terma Dan Syarat
    • Servis Online & Offline
    • Jualan Online & Offline
    • Promosi Online & Offline
    • Jawatan Kosong
  • PENGIKLANAN PORTAL USAHAWAN
    • Kenderaan
    • Pekerjaan & Servis
    • Sukan/Hobi
    • Hartanah
    • Pakej Melancong
    • Perkakasan Rumah & Peribadi
    • Elektronik
    • B2B
    • Lain-Lain
  • HIBURAN
    • Gosip Tempatan
    • Gosip Antarabangsa
    • Gosip Personaliti Media Sosial
    • Filem & Drama
    • Lagu & Lirik
  • LAWAK SANTAI
    • Lawak & Jenaka
    • Teka-teki & Trivia
    • Sembang Santai
    • Kisah Seram / Misteri
  • WANITA & LELAKI
    • Dunia Wanita
    • Hijabista Stail
    • Tutorial Shawl/Bawal
    • Dunia Lelaki
    • Fesyen & Tips Penjagaan Diri
    • Tips dan Petua Lama
  • EXPLO RASA
    • Pelancongan
    • Resepi Masakan
    • Makan Di Mana ?
  • SUKAN
    • Sembang Bola
    • Sukan & Permainan
    • Sukan Bermotor
  • DUNIA IT
    • Komputer & Teknikal
    • Internet Servis & Networking
    • Hosting & Domain
    • Permainan Digital
    • Gadjet & Telefon Bimbit
  • HOBI
    • Pencinta Haiwan
    • Kaki Pancing
    • Komik, Anime, Kartun
    • Penulisan Novel Dan Cerpen
  • INFO
    • Isu Semasa
    • Kongsi Tular/ Viral
    • Soal Jawab Agama
    • Info Kesihatan

Blogs

There are no results to display.

Categories

  • Lagu & Irama
  • Filem & Drama
  • Tips & Teknik
  • Viral & Semasa
  • Politik & Perniagaan
  • Lain-Lain

Categories

  • Vehicle
  • Job & Services
  • Leisure/Sports/Hobbies
  • Properties
  • Travel
  • Home & Personal Items
  • Electronics
  • Business to Business
  • Everything Else

Find results in...

Find results that contain...


Date Created

  • Start

    End


Last Updated

  • Start

    End


Filter by number of...

Joined

  • Start

    End


Group


Found 9 results

  1. Ms Rose

    Resepi Cheese Cheesecake

    Creamy Cream Cheese Cheesecake Bahan Utk Crust: 1 3/4 cawan graham cracker crumbs 3 sb gula Secubit garam 1/2 stick (4 sb) unsalted butter - cairkan Bahan Utk Cheesecake: 2 pounds (four 8-ounce boxes) cream cheese - suhu bilik 1 1/3 cawan gula kaster 1/2 sk garam 2 sk pure vanilla extract 4 telur gred A - suhu bilik 1 1/3 cawan sour cream atau heavy cream, atau kombinasi kedua duanya Cara cara Membuat Crust: Lenser butter pada springform saiz 9 inci. Balut bawah dengan 2 lapis aluminium foil. Letakkan springform atas baking sheet Gaul crumbs, gula dan garam di dalam bekas kecil. Tuang butter cair dan kacau hingga sebati. Boleh guna jari sahaja. Tuang ke dalam springform dan menggunakan jari, tekan rata bawah dan sekeliling pan. Letakkan di dalam freezer sementara oven dipanaskan. Letakkan rak di tengah oven dan panaskan pada 180C. Masukkan springform di dalam baking sheet dan bakar selama 10 minit. Ketepikan crust untuk disejukkan sementara menyediakan cheesecake. Kurangkan suhu oven kepada 165C. Cara cara Membuat cheesecake: Didihkan air di dalam periuk. Menggunakan mixer elektrik, putar cream cheese dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan berkrim dalam 4 minit. Masukkan gula dan garam sambil terus diputar selama 4 minit lagi. Masukkan vanilla. Masukkan telur satu persatu dengan diputar dalam 1 minit setiap kali.Kurangkan kelajuan pada level stir sahaja dan masukkan heavy cream. Kacau adunan dengan spatula dan tuangkan ke dalam springform. Jika ada lebihan adunan, boleh masukkan ke dalam ramekin yang disapu butter. Letakkan roasting pan di dalam oven dan tuangkan air mendidih ke dalamnya. Bakar selama 1 jam 30 minit sehingga bahagian atas keperangan. Tutup oven dan buka sedikit pintu oven dan biarkan cheesecake di dalam oven selama 1 jam lagi. Selepas 1 jam, keluarkan dari oven. Berhati hati kerana kemungkinan terdapat air panas di dalam aluminium foil. Keluarkan foil dan biarkan cheesecake berada pada suhu bilik di atas wire rack. Bila cheesecake telah sejuk, tutup bahagian atas springform dengan aluminium foil dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman. Bolehlah dikeluarkan dari springform dan dipotong untuk dihidangkan. Basuh pisau setiap kali selepas memotong. Sumber: Dorie Greenspan
  2. Nasi Ayam Penyet Bahan-bahan untuk menyediakan resepi ayam penyet untuk 6 orang ialah: UNTUK AYAM PENYET: 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik. ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau 1/2 sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam 1 sudu besar Serbuk Kunyit ½ sudu besar Serbuk Lada Putih 3 ulas Bawang Putih 1cm Halia Sedikit Air 1 sudu kecil Garam Minyak masak untuk menggoreng. UNTUK SAMBAL RESEPI AYAM PENYET: Sedikit minyak masak 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas) 10 biji Cili padi 10 biji Bawang kecil/merah, hiris 3 biji Bawang putih, hiris 5 biji Tomato, potong 4 5 cm Belacan 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit 3 sudu gula merah/secukup rasa Untuk Nasi 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan 3 ulas bawang putih satu btg kayu manis 4 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang sedikit butter garam kiub pati ayam/daging 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td) Cara-cara UNTUK AYAM PENYET: Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.) Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. UNTUK SAMBAL: Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan. Masukkan gula merah dan gaul rata. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa. * Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan. UNTUK SUP: Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade). Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan. UNTUK NASI: Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa. Kredit : lunastory.com
  3. Udang galah adalah salah satu spesis udang yang begitu popular dalam masyarakat kita. Kepalanya besar dan dagingnya agak kenyal. Ia adalah udang air tawar dan memang sangat sedap kalau dibuat rendang. Namun lain orang, lain cara membuatnya. Kami kongsikan 4 resipi rendang yang boleh dicuba. 1. RENDANG CILI PADI UDANG GALAH BAHAN-BAHAN: · 8 ekor udang galah saiz besar | perap seketika dengan perahan lemon dan sedikit garam. cuci bersih dan toskan · 4 sudu besar kerisek · 2 cawan pati santan · 1 keping asam gelugur · 1/2 cawan minyak · perencah Maggi Cukup Rasa / garam / gula · 1 helai daun kunyit – hiris halus BAHAN KISAR · · 3 ulas bawang putih · 7 biji bawang merah · 2 labu bawang besar · 30 biji cili padi hijau · 2 batang lengkuas – hiris-hiris · 2 cm lengkuas · 3 cm kunyit hidup CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sederhana hingga pecah minyak. 2. Masukkan pati santan, asam gelugur dan kerisek. 3. Setelah mendidih, masukkan udang galah dan gaul rata. 4. Apabila kuah mulai memekat, tambahkan hirisan daun kunyit, 5. Jika suka boleh perasakan dengan perencah Maggi Cukup Rasa atau perasa pilihan lain. 6. Padamkan api dapur. Kredit Resipi & Gambar: Aimi’s Little Kitchen 2. RENDANG UDANG GALAH CILI GILING BAHAN-BAHAN: · 1 kg udang galah |sederhana besar · 50 gram serbuk kunyit · 100 gram bawang merah · 30 gram bawang putih|dikisar · 50 gram buah keras | dikisar · 2 batang serai |dikisar · 30 gram halia |dikisar · 20 gram lengkuas |dikisar · 20 gram kunyit hidup |dikisar · 10 gram cili giling · 2 biji santan pekat · 50 ml air asam jawa · 3 helai daun kunyit |dihiris halus · Minyak secukupnya CARA MEMASAK: 1. Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan. 2. Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengancili giling. Biarkan sehingga terbit minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa. 3. Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata. 4. Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan. Kredit Resipi: Puteri Zulaika 3. RENDANG UDANG GALAH 3 BAHAN-BAHAN: · 700grm udang galah (nak guna udang lain pun boleh) |dibersihkan · 2 helai daun kunyit (jika daun besar guna 1 helai pun ok) | dihiris halus · 4 helai daun limau purut · 2 keping asam keping / asam gelugor · 4 sudu besar kerisik · 1 biji kelapa akan dapat lebih kurang 1 setengah cawan santan · 4 sudu besar cili kisar / cili boh |jika ingin pedas boleh tambah lagi · Garam & gula secukupnya BAHAN KISAR: · · 2 biji bawang besar · 3 ulas bawang putih · 5 ulas bawang merah · 4 batang serai · 1 inci kunyit hidup (cik kuali guna serbuk kunyit) · 3 inci halia · 1 inci lengkuas CARA MEMASAK: 1. Udang dibersihkan. Cik kuali guntingkan sedikit muncung depannya & dicuci bersih. Ketepikan seketika udang. 2. Kisarkan semua bahan-bahan kisar hingga halus. 3. Panaskan minyak dalam kuali . Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar & cili boh hingga naik bau / pecah minyak. 4. Tambahkan santan, asam keping, daun limau purut, kerisik, garam & gula secukup rasa. Masakkan kesemuanya dengan api sederhana. 5. Bila sudah mendidih masukkan udang. Kacau hingga sebati semuanya. Akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit. 6. Rasa & masak hingga kuah agak pekat. Cik kuali suka berkuah sedikit tidak terlalu pekat sangat. Terpulang pada kehendak masing-masing. 7. Jika ok, padamkan api & hidangkan Kredit Resipi: hanguskualisaya.blogspot 4. RENDANG UDANG GALAH PERAK BAHAN-BAHAN: · 600 gm udang galah · 3 batang serai · 2 helai daun kunyit · 20 ulas bawang merah · 5 ulas bawang putih · 1 inci halia · 10 tangkai cili kering · 1 keping asam gelugur · 3 cawan santan pekat dari 2 biji kelapa · setengah cawan kerisik · garam secukup rasa CARA MEMASAK: 1. Bersihkan udang, buang tahi, kepala dan potong janggut. Kisar serai, cili, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat. 2. Campurkan bahan dikisar bersama udang. Lepas itu masukkan 3 cawan santan, asam gelugur dan garam. 3. Lepas menggelegak, masukkan kerisik dan daun kunyit yang dihiris dan biar hingga naik minyak. 4. Perlahankan api, biarkan kering sedikit dan siap untuk dihidangkan. RENDANG UDANG GALAH MUDAH. BAHAN-BAHAN: · 1kg udang galah segar · 4 btg serai · 5 helai daun kunyit | dihiris · 10 biji bawang merah |dihiris · 1 inci halia| dihiris · 1 cawan kelapa parut · 3 sudu makan cili kisar (Mengikut kepedasan masing2). · 1 sudu teh serbuk kunyit · 1/2 kg santan pekat. CARA MEMASAK: 1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali dan reneh sehingga kuah pekat dan sedikit kering. Gunakan api perlahan. 2. Masukkan garam secukup rasa serta 1 keping asam keping. 3. Kacau rata, sesuaikan rasa dan angkat. Siap sedia utk dihidang Kredit Resipi &Gambar: Zainuddin Ramli
  4. Bahan-bahan · 300g mi kuning · 12 udang besar, dikupas & dibuang urat · 200g daging lembu, dipotong nipis · 4 sudu besar kacang panggang atau kacang goreng hancur · 2 biji telur, dipukul perlahan · 1 jambak daun sawi · ¼ cawan taugeh · 1 ubi keladi, dikupas · 1 kentang rebus, potong dadu · ¼ tomato, dibelah empat · 1 tauhu goreng, potong dadu · 1 cucur udang, potong dadu · ½ cawan air · ½ cawan stok udang · ¼ sudu kecil garam · ¼ sudu kecil gula · 3 sudu besar minyak masak termasuk tambahan untuk menyediakan kuali · 3 sudu besar bawang goreng · 2 cili hijau, dihiris nipis Campuran sos · 1 sudu teh cuka beras · 1 sudu besar kicap pekat · 1 sudu besar kicap manis · 1 sudu besar karamel memasak · 1 limau kasturi Aromatiks · 12 bawang kecil · 12 ulas bawang putih · 2 sudu besar udang kering · 2 sudu besar cili boh Kaedah: persiapan Dalam periuk kecil, tuang secukup air untuk menutup ubi keladi dan masak sehingga mendidih. Bila keladi lembut dan boleh dicucuk garpu dengan senang, lenyek dengan kira-kira 3 sudu besar air dari periuk sama. Tepikan. Kisar bahan-bahan aromatik sehingga halus dalam pengisar makanan. Panaskan dan sediakan kuali anda dengan mengelap lapisan nipis minyak di sekitar permukaan kuali dengan tuala kertas. Kuali anda panas secukupnya bila lapisan minyak telah kering dan kuali seolah-olah bercahaya. Masukkan minyak masak. Jika kuali anda cukup panas, minyak akan menjadi panas dalam beberapa saat. Jika tidak, biarkan ia mencapai suhu 180°C hingga 200°C. Kaedah: mari kita memasak! Masukkan 5 sudu campuran aromatik ke dalam kuali dan tumis sehingga ia gelap dan sudah pecah minyak. Kemudian, masukkan udang dan daging dan kacau. Taburkan gula di atas daging. Jika anda hebat menggunakan kuali, lambungkan bahan-bahan dan benarkan api menyentuh bahan-bahan sehingga udang dan daging masak. Masukkan tomato dan 2 sudu besar keladi yang telah dilecek. Terus kacau atau lambung untuk keluarkan jus tomato. Masukkan mi kuning dan air dan kacau atau lambung sehingga mi masak. Kalau boleh, biarkan api menyentuh mi. Seterusnya, masukkan cucur udang, tauhu, kentang, sawi, taugeh, 3 sudu besar kacang tanah hancur dan 2 sudu kecil campuran sos. Masukkan stok udang dan kacau atau lambung bahan-bahan sehingga cecair diserap dan sayur-sayuran layu. Anda mahu mi yang lembab tetapi tidak berair. Tambah 1 lagi sudu besar kacang tanah hancur dan taburkan garam ke atas mi. Gaul dan campur dengan cepat. Buatkan perigi di tengah-tengah mi. Tuangkan telur ke dalam perigi dan biarkan ia untuk beberapa saat sebelum dikacau sedikit dan dicampurkannya dengan mi. Sudahpun siap. Bila menghidang mi goreng mamak, taburkan bawang goreng dan cili potong di atasnya terdahulu. Tips tambahan 1. Rebus ubi keladi dengan stok sayuran atau stok ayam untuk perisa tambahan. 2. Jangan cuba gunakan api untuk memasak mi jika anda memasak di dapur yang kecil tertutup atau tidak tahu apa yang anda lakukan! 3. Ia akan agak berasap bila memasak mi goreng Mamak. Tutupkan pengesan asap anda, masak di luar rumah, atau gunakan kipas berputar untuk meniup asap keluar! 4. Anda juga boleh hidangi mi goreng Mamak dengan lebih limau kasturi. Potong bahagian atas limau supaya senang diperah.
  5. Asyik makan cara masakan yang sama pun, bosan juga! Bagi penggemar udang, anda patut cuba resepi ini. Enam sajian ini cukup mudah dan sedap, sesuai untuk hidangkan kepada keluarga buat tukar menu setiap hari. 1. UDANG GORENG BEREMPAH Bahan-bahan: 20 gm udang - dibersihkan 20 gm serbuk kari 10 gm serbuk jintan manis 10 gm serbuk jintan putih 10 gm serbuk cili Sebutir telur Garam dan lada sulah secukupnya Sedikit minyak Cara-cara membuat: 1. Campurkan serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan serbuk cili bersama sebutir telur dalam mangkuk. Kacau hingga sebati. 2. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Kemudian masukkan udang yang telah dibersihkan. 3. Panaskan minyak dan goreng udang hingga garing. 2. TOM YAM UDANG Bahan-bahan: 200 gm udang - dibersihkan 2 batang serai - dihiris 15 gm cili padi - dititik Sedikit lengkuas - dihiris 2 helai daun limau Sedikit pes tom yam Garam secukup rasa Sedikit air UNTUK BACA SELANJUTNYA SILA LOGIN [Hidden Content]
  6. Ms Rose

    Kerabu Bunga Betik

    Bahan-bahan diperlukan: 1 mangkuk bunga betik (Asingkan batangnya) 2 sudu makan kerisik 1 labu bawang besar (Dihiris) 3 biji limau kesturi (Diambil perahannya) ½ cawan santan pekat 1 sudu teh gula 5 biji cili merah 4 biji cili api 1 sudu teh belacan 3 biji bawang merah 1 sudu makan udang kering (Cili merah, cili api, belacan, bawang merah, udang kering ditumbuk bersama) Garam secukup rasa Cara menyediakan dan memasak: Asingkan bunga betik daripada tangkainya dan rebuskan dengan garam sehingga mendidih dan lembut. Kemudian tuskan. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaulkan rata. Sedia dihidangkan.
  7. Ms Rose

    Kerabu Ulam Raja

    Bahan-bahan diperlukan: 1 ikat ulam raja ½ cawan kelapa parut 2 sudu makan perahan limau kesturi 1 labu bawang besar (Dihiris) Garam secukup rasa 3 biji cili merah 4 biji cili api 4 biji bawang merah 1 sudu makan udang kering (Cili merah, cili api, bawang merah dan udang kering dikisar bersama) Cara menyediakan dan memasak: Basuhkan ulam raja dan potong halus. Goreng kelapa parut sehingga kekuningan sahaja. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata. Sedia dihidangkan.
  8. Ms Rose

    Ayam Goreng Berempah

    Bahan-bahan diperlukan: 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana) Bahan2 dikisar bersama:- 6 ulas bawang putih 7 ulas bawang merah 2 inci halia 3 batang serai (yang besar) 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa) 2 sb serbuk kari daging 1/2 sk serbuk jintan putih 1/2 sk serbuk jintan manis 1/2 sk serbuk ketumbar 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe) garam dan aji secukupnye 3 tangkai daun kari Minyak yang menggoreng Cara menyediakan dan memasak: Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja! Selamat mencuba! 😉
  9. Ms Rose

    Ayam Masak Madu

    Bahan-bahan diperlukan: 1/2 ekor ayam Garam Kunyit 1 sudu rempah kari ayam 3 ulas bawang putih 1 inci halia Bawang besar Cili kering Madu Gula merah Sos/tomato puree Air Cara menyediakan dan memasak: Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari. Ketuk-ketuk ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bahan perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau. Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam. Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bawang goreng atau daun sup.
×